Upcoming Events

Sunday, 30 July 2017

11 Tips Untuk Capai KPI Frog VLE



Assalamualaikum semua...

Baru-baru ini rezeki saya berjumpa dengan seorang sahabat saya yang hebat dalam Frog VLE ni... Dia antara yang dikenali di Perak kerana terlibat sebagai Frog Advocates Teacher dan di samping itu, beliau juga banyak membuat perkongsian tentang Frog VLE dengan guru-guru di sekitar Ipoh. Saya suka cara beliau yang tidak kedekut ilmu malahan sangat down to earth dalam menyampaikan ilmu yang ada. Terima kasih, Puan Mardiana Binti Kamil, dari SK Jati, kerana sudi berkongsi dengan kami admin Frog yang masih mencari-cari lagi jalan untuk mencapai KPI setiap minggu. Selain itu, tadi, saya juga sempat brainstorm dan berdiskusi dengan Puan Normie Azura Binti Abdul Jamil, Pegawai Pendidikan Pengurusan Maklumat & ICT, PPD Wilayah Keramat, Encik Khairil Firmansyah, PTP di PKG Mersing dan juga Encik Mohd. Kamal Iskandar B. Mohd. Shafri, PTP di PKG Pengerang, bagi membincangkan masalah ini... Yes, sebagai admin, ini adalah task penting untuk kami... membantu sekolah mencapai KPI Frog VLE. Disamping itu juga, peranan pentadbir juga dalam memastikan penggunaan Frog VLE up to par adalah sangat perlu!

Berikut adalah perkongsian yang saya perolehi dari mereka. Jangan pulak ada yang kecam saya kerana berani menulis post sebegini sedangkan sekolah saya sendiri masih belum dapat mencapai KPI yang sepatutnya. Tujuan saya menulis adalah untuk berkongsi apa yang saya perolehi dari mereka-mereka ini, supaya kita dapat bersama-sama membantu sekolah masing-masing dalam mencapai KPI yang ditetapkan. Saya pun masih berusaha ke arah itu... Jom kita baca tips mereka!







Okay tambahan untuk tips #6 ni, admin juga boleh menyusun jadual dengan meletakkan setiap hari dengan kelas yang berbeza... Ni idea cikgu Nurrol Haida Saad, SK Pakatan Jaya, yang saya rasakan baik dan patut dikongsikan juga di sini... :D


Sebagai admin, anda boleh berbincang dengan pentadbir untuk tentukan kelas yang akan menjalankan aktiviti menggunakan Frog VLE. Kenalpasti guru-guru dan kelas yang sesuai. Buat team untuk laksanakan PdPC menggunakan Frog VLE. Kemudian, buat ketetapan dalam jadual dan pastikan bilangan murid yang terlibat mencukupi untuk kiraan KPI. Ini adalah perkongsian idea dari Cikgu Mohd. Redzwan Bin Abd Jaafar, salah seorang guru di sekolah saya... :) Good idea! Jadi saya share di sini...





Kalau nak lebih awesome, budayakan Frog VLE di sekolah anda. Tapi untuk membudayakan sesuatu seperti ini, pasti memerlukan komitmen dari seluruh warga sekolah, kerjasama yang utuh dalam organisasi dan juga kesanggupan untuk berubah. Apa pun, terpulang kepada anda. Jika ada kekuatan dan juga will-power untuk lakukan, lakukanlah! Kerana itu yang terbaik...

Sejujurnya saya rasakan adalah tidak adil jika kesalahan tidak mencapai KPI ini hanya diletakkan pada admin semata-mata. Kadangkala, ada admin yang memang dah buat macam-macam dah... Dashboard up to date, Promosi pun dah... LADAP tak usah ceritalah... Macam-macam... Tapi end result tak capai sebagaimana yang dikehendaki. Sebab??? Fikirlah sendiri... Nanti cakap, ada pulak yang sentap! Huhuhuuu... :D 

Nota kaki: Jom ler kita sama-sama try tips yang dorang cadangkan ni... Setidaknya, kalau ada peningkatan sedikit pun dah cukup baik untuk membuktikan yang kita sedang berusaha keras untuk itu. Chaiyokk!!! Chaiyokkk!!! Ukenduit... Hehe... 

14 comments:

  1. alhamdulillah, Syukran Jaziilan Cikgu Raihan, sudi berkongsi tips dan langkah-langkah yang dapat dimanfaatkan bersama, moga Allah permudahkan urusan Cikgu, aamiin ,i like sangat baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kay! Sentiasa bg moral support kat saya utk terus menulis.. terharu! ;)

      Delete
  2. Alhamdulillah, terima kasih banyak² atas perkongsian ini. Ia sangat bermanfaat kpd kami yg baru nak berjinak² dgn frog VLE. Semoga perkongsian ini menjadi amal jariah. In syaa Allah...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah ....Terima Kasih diatas perkongsian dari cikgu... Insyallah saya Akan cuba pada minggu ini
    .

    ReplyDelete
  4. Tahniah cikgu. Penulisan yang memberi manfaat kepada semua warga pendidik. Kipidap!!!!

    ReplyDelete
  5. Tqvm Cg Raihan. Perkongsian yg sangggaat baik. 😉😉😉

    ReplyDelete
  6. Terima kasih semua.. semoga lepas ni ada peningkatan dalam bacaan kpi frog di sek kita.. ukenduit! Hehe

    ReplyDelete
  7. Tahniah cikgu.. sy juga minta halal ilmu-ilmu hasil lerja cikgu yg sy baca dan ambil utk kegunaan sy. Terima kasih. Moga Allah jua membalasnya.

    ReplyDelete
  8. JZKK cikgu... Ini tahun pertama saya sbg admin. Mmg tunggang langgang hidup. Cikgu jd inspirasi saya, byk ilmu yg saya dpt dr blog cikgu ni. Sedang #bangkitdaridasar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah cikgu kerana terpilih menjadi admin! Saya yakin cikgu boleh lakukan yang terbaik untuk sekolah cikgu! Ukenduit! :)

      Delete
  9. Dipersilakan guna ilmu-ilmu yang dikongsikan di sini... Semoga bermanfaat untuk semua. :)

    ReplyDelete
  10. Terima kasih Pn Raihan...perkongsian tips yg sangat berguna

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...