Upcoming Events

Sunday, 30 July 2017

11 Tips Untuk Capai KPI Frog VLE



Assalamualaikum semua...

Baru-baru ini rezeki saya berjumpa dengan seorang sahabat saya yang hebat dalam Frog VLE ni... Dia antara yang dikenali di Perak kerana terlibat sebagai Frog Advocates Teacher dan di samping itu, beliau juga banyak membuat perkongsian tentang Frog VLE dengan guru-guru di sekitar Ipoh. Saya suka cara beliau yang tidak kedekut ilmu malahan sangat down to earth dalam menyampaikan ilmu yang ada. Terima kasih, Puan Mardiana Binti Kamil, dari SK Jati, kerana sudi berkongsi dengan kami admin Frog yang masih mencari-cari lagi jalan untuk mencapai KPI setiap minggu. Selain itu, tadi, saya juga sempat brainstorm dan berdiskusi dengan Puan Normie Azura Binti Abdul Jamil, Pegawai Pendidikan Pengurusan Maklumat & ICT, PPD Wilayah Keramat, Encik Khairil Firmansyah, PTP di PKG Mersing dan juga Encik Mohd. Kamal Iskandar B. Mohd. Shafri, PTP di PKG Pengerang, bagi membincangkan masalah ini... Yes, sebagai admin, ini adalah task penting untuk kami... membantu sekolah mencapai KPI Frog VLE. Disamping itu juga, peranan pentadbir juga dalam memastikan penggunaan Frog VLE up to par adalah sangat perlu!

Berikut adalah perkongsian yang saya perolehi dari mereka. Jangan pulak ada yang kecam saya kerana berani menulis post sebegini sedangkan sekolah saya sendiri masih belum dapat mencapai KPI yang sepatutnya. Tujuan saya menulis adalah untuk berkongsi apa yang saya perolehi dari mereka-mereka ini, supaya kita dapat bersama-sama membantu sekolah masing-masing dalam mencapai KPI yang ditetapkan. Saya pun masih berusaha ke arah itu... Jom kita baca tips mereka!







Okay tambahan untuk tips #6 ni, admin juga boleh menyusun jadual dengan meletakkan setiap hari dengan kelas yang berbeza... Ni idea cikgu Nurrol Haida Saad, SK Pakatan Jaya, yang saya rasakan baik dan patut dikongsikan juga di sini... :D


Sebagai admin, anda boleh berbincang dengan pentadbir untuk tentukan kelas yang akan menjalankan aktiviti menggunakan Frog VLE. Kenalpasti guru-guru dan kelas yang sesuai. Buat team untuk laksanakan PdPC menggunakan Frog VLE. Kemudian, buat ketetapan dalam jadual dan pastikan bilangan murid yang terlibat mencukupi untuk kiraan KPI. Ini adalah perkongsian idea dari Cikgu Mohd. Redzwan Bin Abd Jaafar, salah seorang guru di sekolah saya... :) Good idea! Jadi saya share di sini...





Kalau nak lebih awesome, budayakan Frog VLE di sekolah anda. Tapi untuk membudayakan sesuatu seperti ini, pasti memerlukan komitmen dari seluruh warga sekolah, kerjasama yang utuh dalam organisasi dan juga kesanggupan untuk berubah. Apa pun, terpulang kepada anda. Jika ada kekuatan dan juga will-power untuk lakukan, lakukanlah! Kerana itu yang terbaik...

Sejujurnya saya rasakan adalah tidak adil jika kesalahan tidak mencapai KPI ini hanya diletakkan pada admin semata-mata. Kadangkala, ada admin yang memang dah buat macam-macam dah... Dashboard up to date, Promosi pun dah... LADAP tak usah ceritalah... Macam-macam... Tapi end result tak capai sebagaimana yang dikehendaki. Sebab??? Fikirlah sendiri... Nanti cakap, ada pulak yang sentap! Huhuhuuu... :D 

Nota kaki: Jom ler kita sama-sama try tips yang dorang cadangkan ni... Setidaknya, kalau ada peningkatan sedikit pun dah cukup baik untuk membuktikan yang kita sedang berusaha keras untuk itu. Chaiyokk!!! Chaiyokkk!!! Ukenduit... Hehe... 

Thursday, 13 July 2017

Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial Bagi Guru dan Murid

Hai semua...
Begitu KPM memandang serius tentang guru-guru dan murid-murid dalam penggunaan media sosial sehingga ada di sediakan garis panduan untuk dijadikan rujukan untuk kita bersama. Terdapat beberapa point penting dalam Etika penggunaan media sosial oleh guru. Antaranya yang saya nampak selalu berlaku sekarang ni adalah tentang penyebaran hasil kerja guru lain atau kerja murid yang boleh mengaibkan.


Sumber bahan dari laman KPM. Download SPI Bil 3
P/S: Kena hati-hatilah selepas ni jika nak keluarkan kenyataan, nak berblog...nak berfb...bertweet... huhu...

Sunday, 9 July 2017

Beza Kahoot dan Quizizz



Setelah diamati, saya dapati terdapat beberapa perbezaan antara Kahoot dan Quizizz walaupun pada hakikatnya peranan kedua-dua aplikasi ini nampak lebih kurang sama. Berikut adalah senarai perbezaannya yang saya nampak. Sekiranya terdapat apa-apa lagi perbezaan yang tidak tersenarai, kongsikan di ruangan komen ya... Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing... Tetapi yang pasti, kedua-duanya menjadi kegemaran murid-murid... Yelah... main game kan... Mestilah suka! Hehe... Guna dua-dua pun best! Apa pun, pilihan ditangan anda...






Baca tentang gamifikasi dalam PdPC di sini

Sekian sahaja post saya kali ini, salam mesra untuk semua! Take care... :)

Quote of the day : Don't be sad. Pain in this dunya is temporary, so handle it with Sabr (patience). Allah is with you. -Dr. Bilal Philips 💓

Gamifikasi Dalam PdPC


Semalam, saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan satu slot bersama guru-guru di sekolah saya untuk sesi ladap. Saya memilih tajuk Gamifikasi dalam PdPC kerana pada saya tajuk ini tidak terlalu berat. Maklum la, berladap dalam bulan Syawal ni, tak nak lah heavy sangat... lite-lite sudah... Hahahaa... Lagi pun tajuk ni saya rasa memang sangat interesting dan boleh bantu untuk recharge mood murid-murid dan guru untuk menjalankan PdPC dalam suasana ceria dan bermakna selepas dah bercuti Raya.

Okay, ni antara isi kandungan yang saya present kepada rakan-rakan saya semalam... Saya bimbing mereka bagaimana mereka boleh menjalankan gamifikasi dalam PdPC mereka dengan hanya menggunakan tiga aplikasi yang mudah diguna... Oleh kerana masa yang diperuntukan kepada saya hanyalah lebih kurang 1 setengah jam sahaja, saya hanya kongsikan cara untuk mengguna pakai soalan-soalan yang sudah tersedia ada sahaja. Soalan-soalan yang dibuat oleh orang lain.... InsyaAllah kalau ada yang nak menuntut ilmu lebih, bolehlah berhubung dengan saya. Kalau ikutkan saya nak ajar cara membina soalan, tapi masa memang tidak mengizinkan... Jadi, cukuplah dengan ilmu basic macam ni. Ilmu ni pun kalau diaplikasikan dalam PdPC sudah cukup awesome! :D

Saya pilih untuk kongsikan 3 aplikasi sahaja... Gamifikasi menerusi Frog VLE, Kahoot dan juga Quizizz.. Saya dah pernah post Tutorial untuk Quizizz ni tahun lepas, so, siapa berminat boleh baca bagaimana kaedahnya dengan lebih detail lagi... :)



Kalau diikutkan, dalam Frog VLE memang dah banyak elemen gamifikasi ni... Saya senaraikan 4. Try lah ye! :D

Untuk kahoot, soalan tidak akan terpapar di skrin murid, hanya jawapan sahaja yang tersedia di skrin mereka. Jadi murid perlu fokus dengan soalan yang dipaparkan di depan kelas untuk menjawab soalan. Dengan bunyi dan warna yang pelbagai, yes, memang menarik digunakan dalam kelas. Bukan murid je suka, cikgu pun enjoy sama! LOL.


Beza link guru dan murid, sengaja saya labelkan sebegitu supaya senang anda membezakannya... Untuk guru tu adalah tempat untuk guru-guru mencari soalan dan memulakan permainan... Manakala link untuk murid pula untuk murid-murid masukkan nombor pin yang diberikan oleh guru untuk bermain secara berjemaah dengan rakan-rakan...



Berbeza dengan kahoot, soalan akan terpapar dalam skrin murid-murid apabila menggunakan Quizizz ni... Jadi mungkin masing-masing akan sibuk tekun melihat skrin masing-masing untuk menjawab soalan yang diberi.


Sama juga dengan Quizizz, ada link untuk guru dan murid...


Walaupun dari segi fungsi, Kahoot dan Quizizz nampak lebih kurang sama, tetapi sebenarnya terdapat perbezaan untuk kedua-dua aplikasi ini... Anda boleh baca perbezaannya dalam post saya yang seterusnya - Perbezaan antara Kahoot dan Quizizz. Apa pun aplikasi yang dipilih, pastikan kesesuaiannya dengan murid-murid anda dan yang paling penting make sure objektif anda tercapai! :)


Nota kaki: Pendapat peribadi saya tentang elemen gamifikasi ni seharusnya ia memang patut diselitkan dalam PdPC anda. Bukan setiap hari nak bergamifikasi pun, ia hanya untuk membantu anda mengekalkan mood dan at least boleh jadikan WOW factor untuk murid-murid anda terus menyukai kelas anda! Ingat... All work and no play makes Jack a dull boy. Cubalah sesekali. Tak pandai nak bergamifikasi secara online, buatlah yang offline... macam kotak beracun ke, main dam ke... Hehe.. Bai... :D

Sokongan Orang di Sekeliling Bantu Kekalkan Momentum Anda



Salam 15 Syawal...

Sejak buka sekolah lepas cuti panjang ni, saya busy sungguh sampai tak sempat nak mengadap lappy lama-lama. Actually hari ni saja lepas gian nak ber blogging jer... Huhu... Moga-moga Allah masih berikan saya kelapangan untuk terus menulis dan berkongsi di sini. Ye lah... Semuanya dengan izinNya kan... :)

Baiklah, sebenarnya saya nak tulis tentang susahnya kita mengekalkan momentum untuk terus konsisten tanpa sokongan orang di sekeliling kita. Walau sekuat mana pun semangat kita, pasti akan luntur jika tiada sokongan yang kita terima dari pihak lain... Tahukah anda antara ciri-ciri orang yang berjaya, adalah dengan menyokong kejayaan orang lain? Tiada istilah dengki, busuk hati dalam diri orang yang berjaya... Mereka lazimnya akan menyokong dan terus menyokong lebih-lebih lagi bila yang berjaya tu terdiri dari sahabat handai atau darah daging mereka sendiri! Tidak rugi memberi sokongan, impaknya sangat besar...

Point saya yang pertama, betapa peranan ketua yang hebat yang mampu menjadi pendorong kepada 'anak buah' beliau untuk terus maju dalam melaksanakan tugas. WARNING! Ini bukan post mengampu jauh sekali untuk berasa riak! Jadi siapa yang tidak berminat nak baca, saya cadangkan anda tak perlu baca... Tulisan ini hanyalah untuk meluahkan rasa betapa saya bersyukur dan berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan sekaligus melonjakkan momentum saya untuk bekerja lebih kuat dan berjaya. Yes! Sebagai pekerja yang makan gaji, sokongan dari 'orang atas' sangat membantu pekerja tersebut untuk bekerja dengan lebih proaktif. Tidak dilupa juga sokongan dari ahli keluarga dalam membantu kita untuk terus maju dalam bidang yang kita ceburi atau minati... Nak bina kepercayaan orang kepada kita memang banyak rintangannya... Tak kira kita di bidang apa sekalipun, it's not easy to gain trust. Ada je yang perkara yang menjadi batu penghalang, ada saja orang yang tak suka... dan dalam hal ni anda perlulah bijak mengunakan strategi. Apa pun perlu diingatkan setiap strategi yang anda pilih mestilah yang positif dan jangan sesekali anda cuba pijak orang lain untuk menaikkan nama anda sendiri. Itu kejam! Ingat, apa pun tindakan anda, lambat laun akan diketahui orang juga... Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua... So pandai-pandailah. Sila jangan jadi macam tupai. Hiks... Jangan sampai orang naik meluat kat anda bila dah kantoi nanti!


Tahun ini terdapat beberapa perkara yang akan menjadi memori dan sejarah terindah dalam hidup saya... Kalau abah saya masih ada, pasti dia rasa bangga! Antaranya, pencapaian dalam bidang perkhidmatan saya, saya diberi kepercayaan untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2016. Walaupun markah yang dinilai oleh penilai tak seberapa, tetapi saya yakin dengan rezeki yang Allah berikan... Biasalah, bila berurusan dengan manusia, tiada yang sempurna... Walau sehebat mana pun kita... Bias pasti ada. Tapi yelah... Kalau memang dah rezeki kita, memang tak kemana. Alhamdulillah... Syukur dengan pencapaian diri dan pada masa yang sama sangat bersyukur kerana diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk belajar mengenal hati budi manusia. Yes, saya belajar banyak benda... tentang kehidupan semestinya. Terima kasih, Encik Badrul Hisam B. Yusuff atas kepercayaan yang diberikan sepanjang saya berkhidmat di bawah pimpinan tuan! Semoga terus maju di sekolah baharu.


Galakkan yang diberikan oleh orang di sekeliling dan juga rakan-rakan sentiasa menjadi suntikan semangat kepada saya untuk terus berusaha majukan diri.. Sokongan dari anak beranak juga tidak dilupa. Mungkin pada anda kejayaan ini biasa-biasa sahaja tapi pada saya, ini merupakan kejayaan yang tidak ternilai buat diri saya... Honestly, ia satu pencapaian yang boleh dibanggakan! Satu demi satu... Alhamdulillah... Pengalaman menjadi penceramah sehingga ke luar negeri Perak tidak akan saya lupakan... Berceramah di dalam negeri, tak usah ceritalah... Syukur ada yang percaya dengan kebolehan saya.


Paling saya tak sangka apabila saya diberikan peluang oleh Tuan PPD untuk menjadi speaker bagi berkongsi ilmu G-Suite dengan semua pegawai di PPD Kinta Utara. Peluang ini saya ambil kerana saya rasa sangat bertuah dipelawa sebegini. Alhamdulillah, everything went smoothly... Saya sudah buat yang terbaik. Saya juga rasa amat bertuah apabila mendapat sokongan sepenuhnya oleh pihak Google Malaysia serta rakan-rakan saya yang sudi turun padang membantu pada hari program berlansung. Sekali lagi bercerita tentang sokongan, nampak tak betapa pentingnya sokongan? Bayangkan rakan-rakan saya sanggup bersusah payah datang dari jauh nun di selatan tanah air dan Kuala Lumpur demi bersama-sama menjayakan program saya ini? Dengan bantuan yang saya terima dari barisan pegawai di PPD Kinta Utara, MasyaAllah... Saya rasa sangat bersyukur dan bertuah. Tidak terungkap dengan kata-kata bila saya duduk membuat refleksi... How grateful I am. Thank you, Allah... Ini juga merupakan moment indah untuk saya kenangkan...

Atas sokongan yang saya terima dari rakan-rakan khususnya, saya mencabar diri saya untuk turut serta dalam Anugerah Kecemerlangan ICT bagi kategori makmal komputer tahun ini... Hahaha... Gila kentang kan? Yelah, dengan kekangan yang ada, memang saya rasakan saya tak patut join pertandingan ni, tapi... sampai bila saya nak limit kan diri saya untuk terus mengorak langkah kalau asyik nak fikirkan tentang kekangan tersebut... Jadi saya ambil keputusan untuk teruskan bertanding. Tambahan pula rakan-rakan, pihak JPN dan PPD pun sudah sedia maklum dengan kekangan yang saya hadapi tu... Dan saya sendiri tidak meletakkan target yang terlalu tinggi. Bukan kemenangan yang saya cari tapi lebih kepada pengalaman yang bakal saya peroleh... itu lebih penting dan bermakna!

Minggu ni pun saya terima lagi berita baik... Sekolah saya berjaya mendapatkan 'Frog Classroom Makeover'. Walaupun statusnya masih lagi 'hang' kerana pihak JPN minta kami menunggu kebenaran dari KPM tentang ini, tapi saya tetap rasa gembira... kerana usaha saya tak sia-sia. At least something for my students and school. :)

Buat rakan-rakan saya (anda tau siapa anda!) yang terus menerus menyokong serta berganding bahu dengan saya untuk bersama-sama maju setapak ke hadapan, saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga. Mereka ini banyak membuka ruang untuk saya terus sukses... Saya sayang mereka kerana dalam persahabatan kami, kami sentiasa menyokong antara satu dengan yang lain. Menjadikan kisah kejayaan orang lain sebagai motivasi dan inspirasi kepada diri, bukan untuk mencari ruang dan peluang untuk menjatuhkan! Macam-macam projek yang kami fikirkan bersama. Demi untuk memajukan diri... Terima kasih semua #weng dan yang tak berapa #weng! Hahahaa... saya tahu anda tau siapa anda. Tak perlu saya sebut di sini. Beruntungnya saya dapat kawan-kawan yang sentiasa positif... Walaupun ada kala saya ternegatif juga, tapi oleh kerana surrounding kita positif, kita pun akan cepat-cepat terpositif balik! Hahahaa... I love you, gaise! XOXO


Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan dan followers blog saya ini kerana sokongan yang anda semua berikan untuk saya terus bersemangat berkongsi ilmu di sini. Saya ingin berkongsi tentang kejayaan yang saya capai setelah hampir tiga tahun berblogging... April yang lalu blog saya memenangi anugerah Malaysia Website Award untuk kategori Bulanan (April). Pada awalnya saya hanyalah mencuba nasib, tapi tak sangka pula boleh menang... Yelah, kalau nak compare dengan peserta yang lain, masing-masing menggunakan domain tersendiri... saya hanya guna blogspot sahaja... Tapi tu lah... Macam saya cakap sebelum ni, kalau dah rezeki kita, memang tak kemana... Alhamdulillah! Kalau anda lihat di blog saya kini telah diletakkan riben biru MWA di tepi kanan... Itu adalah simbol kemenangan untuk anugerah ini. Walaupun sudah merangkul satu award untuk blog saya ini, saya masih lagi gigih bertanding untuk Anugerah Web Pilihan Ramai. Hehehee... Peluang yang ada jangan dilepaskan, betul tak? Heheehee... Terima kasih bagi yang sudi vote untuk blog ini. Yang belum vote, boleh lah vote blog ini untuk Anugerah Web Pilihan Ramai di link ini. Terima kasih sekali lagi! Tak sabar nak naik stage ambil award... Muahahaha... Since award diberi secara annually, jadi terpaksalah saya bersabar untuk menunggu masanya tiba.

Nampak tak impak 'sokongan'? Besar impaknya jika kita lihat dengan mata hati kita... Benda baik memang patut kita sokong... Lainlah kalau memang jelas benda tu memudaratkan atau menyusahkan atau memang tidak mendatangkan faedah dan manfaat kepada orang lain... Mudahkan urusan orang lain, itulah yang terbaik... sebab ganjarannya, Allah akan mudahkan pula urusan kita. Selain itu, doa dari orang yang kita mudahkan tu pun akan beri kesan kat diri kita. Samada kita sedar dengan tak je... sebab cara Allah mudahkan urusan kita dalam pelbagai bentuk yang selalunya kita tak perasan pun... kewangan, kerja, kesihatan, keluarga dll... Ingat tu... Nah, cuba rujuk kat sini, moga-moga terkesan di hati kita untuk terus terusan menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain.

Apa pun, semua benda boleh dibawa bincang, berbincanglah untuk mendengar dan menyatakan rasional masing-masing... JANGAN CEPAT BUAT KONKLUSI!

Sekian, salam Syawal dari saya... Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin... kosong-kosong... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...