Sunday, 18 June 2017

Bahan dan Cadangan Aktiviti Untuk Hari Anti Dadah Peringkat Sekolah


Salam Ramadhan!

Pada hari Jumaat yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Sekolah. Saya selaku setiausaha PPDA, telah merancang beberapa program yang saya fikirkan mudah untuk dilaksanakan disamping memberi kesan yang positif kepada murid-murid. Tujuan program ini diadakan tentulah pertamanya untuk mendidik murid-murid tentang dadah. Kedua, untuk menanam sikap bencikan dadah. Jadi untuk mendidik murid-murid yang umurnya 12 tahun dan ke bawah ini pada saya perlulah kita sediakan aktiviti yang bersesuaian dengan umur mereka. Jika aktiviti terlalu berat, ada kemungkinan matlamat kita tidak tercapai.

Demi memenuhi MMI, saya diberikan masa selama 2 jam untuk menjalankan program. Yes! Sebenarnya 2 jam sudah memadai, biar sedikit aktivitinya, yang penting kesannya kepada murid... Tak perlu buat aktiviti yang terlalu 'heavy', mereka ni hanya murid sekolah rendah je pun... Agak-agak murid faham ke apa itu amphetamine, serotonin, norepinefrina semua tu? Hahahaa... Baiklah, antara aktiviti yang saya rancang adalah:-

1) Tayangan video anti dadah (25 minit)
Murid menonton video tentang dadah dan kesan pengambilan dadah. Ni antara video yang boleh dipaparkan kepada murid-murid. Saya pilih yang bewarna warni, berbentuk animasi dan drama. Video-video ni boleh didapati di youtube,  Aktiviti ini sesuai dijalankan dalam tempoh 30-40 minit sahaja. Pendapat saya, sekiranya tayangan terlalu lama, ini akan membuatkan murid-murid hilang tumpuan dan mula berasa bosan. Apabila mereka berasa bosan, mulalah mereka membuat bising dan mengganggu majlis. Alhamdulillah, murid-murid saya duduk elok sahaja selama lebih kurang 25 minit menonton video di dewan. Semua senyap dan boleh memberikan tumpuan.









2) Bacaan ikrar anti dadah (5 minit)
Murid membaca ikrar anti dadah. Latih seorang pengawas untuk memimpin bacaan ikrar. Saya google jer ikrar tu.. Boleh lihat dibawah ni...



3) Pertandingan Mewarna Poster anti dadah (1 jam 30 minit)
Murid-murid mewarna poster anti dadah di dalam kelas masing-masing. Poster tu saya dapat dari google image. Cantik! Kalau anda berminat, boleh download dari link di bawah tu nanti ya... :) Untuk murid pra sekolah dan murid-murid tahap 1, saya minta mereka mewarna poster tersebut dengan menggunakan pensel warna manakala untuk murid-murid tahap 2, saya minta mereka warna dengan krayon/oil pastel. Saya tak minta mereka lukis poster kerana masa hanya 1jam30 minit sahaja dan disamping itu, saya nak mereka berlatih mewarna... Bagi saya untuk melukis poster yang cantik, mereka perlu berlatih terlebih dahulu. Jadi oleh kerana tiada latihan dibuat untuk melukis poster anti dadah ini, saya minta mereka warnakan poster sahaja... Tak lah sakit mata saya nak memilih pemenangnya nanti... Hehe...

Sumber: Google

4) Gallery Walk
InsyaAllah jika ada kesempatan nanti, aktiviti ini saya akan jalankan apabila semua lukisan yang terpilih diberikan kepada saya. Ala-ala pdpc abad ke 21 giteww! Hehe... Saya akan pamerkan hasil kerja yang terpilih di ruangan PPDA sebagai motivasi kepada murid-murid yang menang mahupun yang kalah. :)

Aktiviti tambahan yang boleh anda buat:-

5) Menyanyi lagu anti dadah
6) Melukis poster sekiranya anda yakin murid-murid anda ramai yang berbakat melukis poster.
7) Kuiz anti dadah
8) Pameran - boleh contact AADK untuk datang buat pameran
9) Ceramah anti dadah (saya rasa kurang sesuai untuk budak sekolah rendah.... Mesti ramai menguap! Hahahaa... )

Apa pun aktiviti yang dirancang mestilah sesuai dengan klien (murid-murid) anda. Be realistic ya! :)


Download: Buku Program
                   Poster

Nota kaki: Terima kasih kepada team saya terutamanya Cikgu Mohd. Akmal B. Kamarudin (kaunselor sekolah saya...) yang banyak membantu dalam melancarkan perjalanan program pada hari tersebut.

No comments:

Post a Comment