Upcoming Events

Sunday, 23 April 2017

Modul Khas Untuk Admin Frog VLE

Assalamualaikum wbt dear readers and followers! Happy weekend, everyone!

Hari ini saya rasa sungguh bertuah kerana modul yang ditulis oleh rakan saya sudah siap untuk diterbitkan. Ya, saya tumpang bangga dengan kejayaan beliau menghasilkan modul yang superb dan sangat berguna seperti ini. Dengan komitmen beliau yang tinggi sebagai pegawai teknologi pendidikan dan juga seorang pelajar Master, tanggungjawab sosial seperti yang beliau lakukan ini amat saya kagumi... Salute! Bukan senang nak buat dua tiga benda dalam satu masa. Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan... Ameen...

Saya hanya membantu beliau dari segi perkongsian idea serta proofreading, tak la hebat sangat jika nak dibanding dengan penulis sendiri. Siapa lagi kalau bukan En. Khairil Firmansyah dari PKG Bandar Mersing! :)

Modul ini ditulis dengan terperinci dan boleh dikatakan agak lengkap. Adalah sangat baik jika setiap sekolah menyimpan sesalinan modul ini untuk rujukan pada masa akan datang. Bukan apa, kita tidak boleh terlalu bergantung dengan seseorang sahaja, mana tahu kalau-kalau guru berkenaan pindah ke cuti ke, kan susah! Jadi semua orang perlu tahu.. Setidaknya, tahu hal-hal yang basic. Sediakan payung sebelum hujan ok... Hehe...

Modul ini disediakan dalam dua bentuk; interaktif dan juga versi cetak. Jadi, terpulang kepada anda samada anda berminat untuk menggunakan versi interaktif ataupun versi bercetak. Apa yang saya lihat, kandungan modul yang dibina lengkap dengan gambar bagi memudahkan para pembaca untuk memahami nota yang diberikan. Selain itu, apa yang menarik yang terdapat dalam modul ini adalah contoh kalendar admin, carta gantt, perancangan strategik, cadangan aktiviti bagi peningkatan penggunaan frog di sekolah, perkongsian tips penghasilan kad ID Frog dengan mudah, cara memberi tugasan frog dalam masa 10 minit dll bagi membantu admin mendapat sedikit idea bagaimana untuk memantapkan lagi tugas sebagai admin frog di sekolah. Content yang padat dan sangat membantu bagi guru admin baharu dilantik mahupun yang sudah lama menjadi admin.

Download : Modul Admin Frog VLE 2017 Versi Interaktif
                    Modul Admin Frog 2017 Versi Cetak

Nota kaki: Pesanan untuk diri sendiri... "No matter how good you are, you can always be replaced!"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...