Friday, 21 April 2017

Apa yang Menarik di Bukit Gambang Resort City?



Hola! Selamat berhujung minggu semua...

Cuti sekolah bulan lalu, saya telah pun menjejakkan kaki buat kali pertama ke Bukit Gambang Resort City. Sebenarnya, saya dihadiahkan voucher masuk Gambang Water Park dan juga Bukit Gambang Safari Park untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak Disember tahun lalu kerana melanggan akhbar digital Berita Harian selama setahun... So tarikh luput voucher adalah pada 31 Mac, rugi pulak rasanya kalau tidak digunakan... Hasil pengiraan jumlah kos tiket masuk tersebut adalah sebanyak RM200++ juga kalau nak bayar sendiri. Since dapat tiket free, saya dapatlah berjimat sedikit... Hehe...


Saya check-in di Arabian Bay Resort. Saya pilih Arabian Bay Resort ni selepas membuat sedikit bacaan review pengguna di Agoda dan tripadvisor. Apartment dua bilik tidur + 2 bilik air, yang lebih mesra dengan 'disabled guest'. Ye la, mak saya menggunakan kerusi roda, jadi saya kena cari tempat yang betul-betul sesuai dan selesa terutama dari segi fasiliti, struktur bangunan (jalan mendatar ke membukit ke, semua tu penting untuk saya. :D), of coz tandas juga sangat dititik beratkan dalam pemilihan hotel...

Arabian Bay Resort, ada 3 blok, saya tinggal di blok 2 yang mana tempatnya agak sunyi, tenang. Fasiliti agak memuaskan, ada gym, swimming pool yang agak besar... Selain itu, makanan yang dijual juga sangat berpatutan harganya... Terdapat gerai-gerai makanan dalam hotel yang memang berbaloi dan sedap! Heheheee... Untuk lepak-lepak karok, boleh ke blok satu lagi, dimana disitu disediakan meja pool dan snuker untuk pengunjung beraktiviti. Karaoke pada harga yang agak tinggi juga, walaubagaimana pun, semasa saya di sana tempoh hari, mereka ada berikan voucher potongan harga.. Cuma satu saya kurang berkenan, iron tidak disediakan dalam apartment... Stress nak menggosok baju kena turun ke tingkat 3 atau 6... Bilik saya di tingkat 8! Pheww! Bercinta nak turun untuk iron baju... Bilik menggosok pulak sunyi sepi, dalam bilik macam bilik stor yang panas tanpa kipas dan lampu pun rosak tidak dibaiki.. Tu je la antara kelemahan yang saya nampak. Yang lain, OK jer...


Berbeza dengan kawasan Carribean Bay Resort dimana di situ kawasannya lebih happening. Pada waktu malam, anda akan menyaksikan lampu-lampu bergemerlapan di kawasan itu... Anda bolehlah membawa anak-anak ke situ untuk bermain arcade game disamping terdapat juga Fun Fair yang membolehkan anak-anak anda bermain permainan seperti 'bumper car', Crazy bus, jumping frog ala-ala ride kat Desaru... Genting Highland.. gituu.. Hehe.. Saya cuma nak puji tentang harga, memang sangat berpatutan. Arcade game hanya seringgit satu game. Murah! Saya harap mereka akan kekalkan harga ni. Satu lagi, walaupun namanya Fun Fair, tapi segala bentuk perjudian tidak ada disediakan di situ. Hanya permainan / ride sahaja.. Takde main tangkap itik ke main campak bola ke tuju tin ke.. No.. no.. no.. Haha..

Selain itu, tram disediakan untuk pengunjung bergerak dalam kawasan resort. So, kalau nak kemana-mana, boleh tunggu tram je, tak payah nak drive atau berjalan... Apa pun, jangan lupa semak jadual akhir tram, takut tunggu punya tunggu rupanya tram dah tak datang pick up uolss.. Haha. Selain waterpark dan juga Taman Safari, terdapat juga  pelbagai aktiviti lasak yang boleh anda lakukan di sini seperti memanah, menunggang kuda, paintball, ATV, flying fox dan lain-lain lagi. Sekiranya anda memang berhajat untuk beraktiviti sebegini, anda dinasihatkan untuk membawa kasut sukan. Segala aktiviti mempunyai kos yang tersendiri.


Apa yang menarik tertarik di sana? Hmm... sudah tentulah waterpark dan taman safarinya! Since saya guna voucher percuma, saya perlu redeem voucher saya untuk dapatkan tiket. Waterpark dan Safari adalah di bangunan yang sama. Cuma dari segi pengurusan agak berserabut sedikit, saya perlu whatsapp kan tiket online yang saya terima bersama resit online pembayaran langganan saya kepada nombor yang diberikan oleh pihak Gambang Waterpark... Selain itu, IC juga perlu ditunjukan untuk tujuan pengesahan. Mungkin pihak Gambang Resort City tak mahu orang lain menukar milik tiket free tu rasanya... Saya tak masuk pun dalam waterpark tu, saya meneman emak sesambil melawat kawasan resort... Kikikii... Walau bagaimana pun, saya puas hati menerima feedback yang sangat baik diberikan oleh anak-anak tentang waterpark... Memang enjoy 'giler' katanyaaa... Haha.


Bukit Gambang Safari Park merupakan tempat yang agak berbukit... Perjalanan dalam bangunan/luar bangunan tetapi strukturnya berbukit. Agak meletihkan kerana saya bawa mak saya masuk sekali ke sini. Bergilir-gilir kami menolak kerusi roda, rasa sado sekejap! Hahahaa... Kami gigih menolak mak sebab kononnya nak lihat haiwan. Kalau malas berjalan, boleh jer naik tram.. Tram ada disediakan berhampiran pintu masuk, tapi anda akan 'miss' tempat menarik kat dalam tu misalnya petting zoo.. Satu lagi, tram tersebut dikenakan charge RM2/seorang. Ada banyak pit stop termasuklah kedai-kedai menjual makanan di dalam Safari Park ni. So, jangan risau kalau anda kehabisan air minuman ke lapar ke... Boleh je singgah makan minum kat gerai-gerai tu.. Hehe.. Pada saya apabila memasuki tempat sebegini, adalah elok jika anda menggunakan peta jadi anda tidak membuang masa mencari jalan.. Di sini, map dijual ye! RM1 ke RM2 tak ingat lah pulak.. Boleh dibeli di kaunter tiket. Untuk student, sila bawa kad untuk dapatkan harga tiket masuk yang lebih murah. Malah lebih murah dari tiket OKU. Pengunjung yang birthday nya sama dengan tarik masuk ke waterpark atau safari park berhak mendapat tiket masuk percuma! Tunjuk IC je... dapat masuk free!

Boleh dikatakan banyak jenis haiwan yang dibenarkan untuk pengunjung beri makanan termasuk beruang! Impressive! Cuma makanannya agak mahal, RM5/sebekas kecil... Saya rasa mereka perlu pertimbangkan harga makanan untuk haiwan-haiwan ni kerana jika mereka jual lebih murah, rasanya silap haribulan pihak Gambang Resort City tak payah nak feed haiwan-haiwan tu dah especially waktu cuti sekolah... Kenyang sokmo sebab memang ramai pengunjung yang berminat nak feed mereka ni... Hehe... Saya mengambil contoh Zoo Songkla, Thailand.. Mereka menjual makanan haiwan dengan harga yang murah, jadi memang pengunjung seronok nak feed haiwan... Sebab murah. Bayangkan 6 ekor ikan sardin mentah hanya sekitar RM2 untuk feed memerang... Perghh.. memang syok la... berbakul ikan dibeli pun tak terasa sangat... Hehe... Yang penting memerang tu memang kenyang! LOL!

Untuk melihat haiwan liar secara live, anda boleh menaiki tram yang disediakan. Ianya percuma! Cadangan saya, naik tram, duduklah di sebelah kanan... Ini kerana lebih banyak haiwan berada di sebelah kanan. Saya tak dapat nak rebut tempat di sebelah kanan memandangkan saya membawa mak bersama. Mak berkerusi roda, jadi dia perlu duduk di tepi pintu which is di sebelah kiri... Review saya untuk tram-drive tru zone ni, hmm... rasanya macam biasa-biasa je... Tak la banyak sangat haiwan jika dibanding dengan A'Famosa Animal World Safari, Melaka, rasanya memang A'Famosa ada lebih banyak haiwan.. tapi.. still.. saya rasa tempat ni not bad... kena dengan harga lah.. Hehe...

Haaa... satu lagi, kalau nak masuk Safari ni dinasihatkan anda masuk pagi-pagi kemudian keluar pada waktu tengahari, rehat dalam bilik hotel ke apa ke sekejap... Lepas tu petang masuk balik dalam Safari ni sebab ada banyak aktiviti pada waktu malam. Anda juga boleh ke night Safari untuk melihat haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam... Kalau larat nak masuk sehari suntuk pun boleh jer... Hehe... Kami masuk selepas zohor, lepak dalam tu sampai malam. Malam ada acara kemuncak, pertunjukan api dan pertunjukan tarzan... Tiket multiple entry tau, janji korang jangan tanggalkan band tu dari tangan.

Nampak tak singa putih kat atas batu tu? Hehe

Satu lagi yang saya rasakan menarik untuk dikongsi ialah sebuah Restoran dalam Safari ni... Simba Hill Gourmet Hall. Apa yang menarik ialah, anda boleh makan dalam restoran berdinding kaca sambil melihat dua ekor singa putih ada di sebelah anda. Saya suka di sini walaupun makanan sedikit hampeh! Kikikiii... Serius masa ni rasa macam budak sekolah rendah. Sangat kanak-kanak. Makan sesambil tengok singa kott... hehe... Memang best! Harga makanan tidaklah begitu tinggi jika nak dibanding dengan pengalaman yang saya dapat. Pandai-pandailah memilih makanan yang kena dengan bajet. Hehe... Pengalaman tu yang mahal! :)

Bercerita tentang kedai cenderamata, memang harga barang sangat berpatutan. Harga sehelai T-shirt (selected design lah..) kain cotton hanya RM15.. Kalau nak yang design baru dan menarik, kenalah melabur lebih sedikit... but still.. murah! Jangan berangan nak dapat harga macam ni di resort lain. Serius! Cenderamata memang berpatutan harganya di sini.

Last but not least, resort ni memang besar... Tapi... kurang orang... tak tahulah kenapa. Anyhow, saya suka tempat yang semacam ini, tak lah hiruk pikuk... bising... hectic... di sini, tenang-tenang sahaja... Saya suka! :D

1 comment: