10 Sebab Mengapa Guru Kelas Patut Guna Mobile Apps e-Kehadiran (APDM) - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 5 February 2017

10 Sebab Mengapa Guru Kelas Patut Guna Mobile Apps e-Kehadiran (APDM)


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Salah satu cara yang mudah untuk membantu guru-guru kelas untuk mencatat kehadiran murid ialah dengan menggunakan aplikasi APDM Mobile (e-Kehadiran). Saya amat berterima kasih kepada salah seorang rakan saya, Mohd. Ariff B. Badaruddin, kerana telah memperkenalkan aplikasi ini kepada saya dan rakan-rakan sejak 2017 lagi. Walaupun telah dua tahun sudah tersenarai dalam Google Play Store & Apps Store, namun aplikasi ini tidak dapat digunakan sepenuhnya pada ketika itu. Alhamdulillah, kini pada awal tahun 2019, aplikasi ini telah pun ditambahbaik dan boleh digunakan sepenuhnya! Aplikasi yang dibangunkan ini pada pendapat saya, sangat bermanfaat untuk guru kelas khususnya.  Guru-guru boleh download aplikasi ini di telefon bimbit masing-masing bagi memudahkan urusan key in data kehadiran murid-murid. 



APDM Mobile (E-Kehadiran) 

Sumber rujukan :-
http://moe.gov.my/index.php/my/aplikasi-mudah-alih

Play Store :
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.eKehadiranMurid

Apps Store : 
https://itunes.apple.com/us/app/ekehadiran-murid/id1100630314?ls=1&mt=8


Cara menggunakan aplikasi ini amatlah mudah. Hanya dua langkah dan siap!!! Aplikasi e-kehadiran sedia digunakan... Pertama, anda perlu install aplikasi di atas ni di telefon bimbit, kedua login dengan memasukkan ID dan Password yang anda gunakan untuk login APDM.

Setelah menguji aplikasi ini, saya dapati terdapat beberapa kelebihan yang patut diketengahkan dan di war-warkan kepada guru-guru. Antaranya:-


1) Guru-guru hanya perlu login sekali sahaja dan tiada lagi 'Saya Bukan Robot' yang menjengkelkan. Saya tahu ramai yang anti betul dengan 'Saya Bukan Robot' ni.. Hahaha..


2) Guru boleh fokus kepada pengisian kehadiran murid sahaja.


3) Login sekali dan anda kekal aktif. Sama macam aplikasi facebook dll, anda hanya perlu login sekali sahaja dan setiap kali buka aplikasi, anda tidak perlu melakukan aktiviti log in lagi. Data kehadiran kelas anda akan tersedia dan anda hanya perlu rekodkan kehadiran semasa.



4) Paparan yang sesuai dengan screen handphone. Hanya scroll up and down sahaja. Tak perlu nak klik ke tepi ke tengah ke kiri ke kanan untuk tandakan kehadiran murid. Paparan dropdown menu untuk sebab murid tidak hadir juga disediakan.



5) Anda boleh melihat semula rekod kehadiran pada hari yang lepas. (maksimum rekod 30 hari yang lampau sahaja)



6) Mudah digunakan terutama bagi mereka yang kerap menggunakan telefon bimbit berbanding komputer.



7) Lebih efisyen dan pantas. Guru boleh selesaikan key in data kehadiran dalam tempoh seminit dua sahaja. Guru kelas kenal murid-muridnya, silap haribulan nama-nama murid pun anda sudah hafal. Jadi, pasti tak ambil masa yang lama untuk key-in data.



8) Kehadiran boleh diambil pada bila-bila masa selagi ada talian internet. Di padang, di dewan, di kantin, di mana-mana sahaja asalkan ada internet, kehadiran boleh diambil dengan cepat dan tepat.



9) Guru boleh menyemak semula rekod kehadiran pada bila-bila masa. 



10) Akhir sekali, of coz bila dah guna apps, kita akan kurang menggunakan kertas. Menuju kearah 'paperless'. So, lepas ni dah takde penggunaan kertas nota untuk ketua kelas catat nama murid yang tidak hadir. Ketua kelas boleh maklumkan terus kepada guru kelas dan guru kelas boleh key in data tersebut pada masa yang sama. 



Senang ke susah? Jawapan ada pada anda. :) 

Post dikemaskini pada : 22/1/2019


Nota kaki: Mudahkan kerja orang lain dan berharap Allah memudahkan urusan kita juga... Cheers! Babai.. :)

1 comment: