Saturday, 7 January 2017

Program 5 Minit Anti Dadah


Assalamualaikum sahabat semua!

Minggu pertama persekolahan yang meletihkan.. Huhu.. Ya, saya faham... Beginilah realiti kehidupan seorang yang bergelar guru. Minggu pertama ni lah yang paling sibuk... Dengan fail RPH nya, dengan DSKP nya, dengan mesyuaratnya lagi... Perghhh... Nampak tak kehebatan guru? Thehehee... See... Saya pun sangat letih dan sibuk sehingga tak ada masa nak update blog ni. Dua minggu busy dengan macam-macam persediaan. Tangan 2 belah ni dah macam tangan sotong buat kerja.. kiri kanan depan belakang semua nak kena settle! LOL!

Tahun ini saya masih memegang jawatan yang sama, penyelaras PPDa. Selain mengupdate papan kenyataan PPDa, saya juga merancang untuk mengadakan program 5 minit anti dadah untuk dijalankan di sekolah. Boleh tahan heavy juga task sebagai penyelaras ni eh, huhu... Saya dah sediakan nota untuk cikgu-cikgu di sekolah saya bacakan sewaktu perhimpunan rasmi. Alhamdulillah, dalam kesibukkan yang melanda, saya masih diberi kesempatan dalam menyediakan nota 5 minit anti dadah untuk 30 minggu. Nota tu bukanlah saya cipta sendiri, tetapi saya ambil dari pelbagai blog dan laman web, di copy paste dan dijadikan dalam bentuk booklet. Rasanya kalau nak mencipta sendiri, mau ambil masa tiga empat bulan untuk siapkan. Kan?! Hehe... Saya tidak ada masa yang cukup untuk buat nota sendiri. Ceduk sahaja tapi yang penting dalam setiap nota, saya sertakan sekali laman rujukan saya so that kalau ada sebarang kemusykilan, bolehlah cikgu-cikgu di sekolah saya merujuk terus ke blog/web tersebut.

Baiklah, since baru-baru ni JPN dah keluarkan arahan untuk jalankan program bukan sahaja untuk pencegahan dadah malahan alkohol, rokok, vape, inhalan, ketum dan HIV/AIDS di peringkat sekolah, maka saya masukkan juga tentang semua yang disenaraikan tu dalam nota saya. Lihatlah skop dan perincian yang semakin meluas, menunjukkan dengan jelas kepada kita betapa anak-anak hari ini terdedah dengan segala gejala tidak sihat seumpama itu. Nauzubillah. Seawal sekolah rendah kita sudah diarahkan untuk memberi penekanan tentang semua ini mungkin kerana kes-kes yang berlaku saban hari meningkat. Inilah realitinya sekarang, amat menyedihkan dan membimbangkan.

Yang berminat untuk menjalankan program 5 minit Anti Dadah ni, boleh download bahan dari link di bawah.  Bagi yang memerlukan bahan untuk papan kenyataan, boleh rujuk post saya yang terdahulu, Bahan PPDa
Semoga bermanfaat..

Download Booklet Program 5 Minit Anti Dadah 30 Minggu

Nota kaki : Semoga dengan adanya booklet ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban cikgu-cikgu dan dapat memberi manfaat kepada anak didik kita. Ameen... Jom sambung buat kerja lain pulak! Huk huk.. :D

2 comments: