Upcoming Events

Sunday, 15 January 2017

11 Aktiviti Mudah Menggunakan Chromebook yang Boleh dijalankan Semasa PdPC



Yuuuuhuuuu... Assalamualaikum semua! :)

Dua minggu persekolahan yang erghhh... I'm exhausted! Haha. Rasanya perasaan saya sama jer dengan ramai lagi guru yang lain. Hehe.. Minggu yang melelahkan. Too many things to work on... Phew!  Banyak task yang masih belum sempat disiapkan. Lap peluh jap! Huhu... Dalam kesibukkan, sempat juga saya siapkan bahan ni untuk saya masukkan ke sini. Syukur kerana Allah masih memberi ruang dan peluang untuk saya terus berkongsi pengalaman dan ilmu di sini. Blessed! :)


Tajuk ni saya present semasa LADAP di sekolah saya semalam. Niat saya nak menggalakkan cikgu-cikgu dan murid-murid menggunakan Chromebook (CB) disamping memberi pendedahan kepada mereka. Yes! Some teachers at my school memang excited nak guna CB dalam PdPC mereka, tapi... mereka kurang keyakinan dan kurang idea tentang aktiviti yang sesuai dijalankan untuk murid mereka. Ni kira macam suntikan semangat la ni.. chewahh! :D

Baiklah, berikut adalah aktiviti yang saya fikirkan paling mudah dan sesuai dijalankan untuk semua subjek. Ada beberapa aktiviti yang saya cadangkan memang tidak memerlukan pengetahuan ICT yang tinggi. Misalnya membuat carian maklumat di enjin carian google, saya fikir kedua pihak guru dan murid mampu melaksanakan aktiviti ini. Very simple but yet meaningful and fun! Sebenarnya aktiviti yang saya senaraikan ini bukanlah terhad kepada penggunaan chromebook sahaja tetapi juga Netbook1Malaysia dll. Asalkan ada talian internet, aktiviti yang disenaraikan boleh dijalankan dengan jayanya, insyaAllah. :)






Untuk aktiviti menonton video, saya mencadangkan untuk anda memastikan tetapan kualiti di youtube dikurangkan. 144p, 240p atau 360p sudah memadai. :)










Cadangan saya, untuk mengelakkan 'kesesakkan' talian internet, dua orang murid berkongsi satu CB/Netbook. Selain mengatasi masalah kesesakan internet, murid-murid  juga dapat dilatih untuk mengamalkan sikap berkongsi dan bergilir-gilir menggunakan CB serta memupuk nilai kesabaran dalam diri mereka untuk mengunggu giliran. Sekian sahaja perkongsian saya untuk hari ini. Semoga bermanfaat untuk anda semua. Doakan yang baik-baik untuk saya ya... Hehe :D

P/S: Never underestimate your students' ability. Silap haribulan diaorang lagi 'terror' dari kita.. Huhu  

Saturday, 7 January 2017

Program 5 Minit Anti Dadah


Assalamualaikum sahabat semua!

Minggu pertama persekolahan yang meletihkan.. Huhu.. Ya, saya faham... Beginilah realiti kehidupan seorang yang bergelar guru. Minggu pertama ni lah yang paling sibuk... Dengan fail RPH nya, dengan DSKP nya, dengan mesyuaratnya lagi... Perghhh... Nampak tak kehebatan guru? Thehehee... See... Saya pun sangat letih dan sibuk sehingga tak ada masa nak update blog ni. Dua minggu busy dengan macam-macam persediaan. Tangan 2 belah ni dah macam tangan sotong buat kerja.. kiri kanan depan belakang semua nak kena settle! LOL!

Tahun ini saya masih memegang jawatan yang sama, penyelaras PPDa. Selain mengupdate papan kenyataan PPDa, saya juga merancang untuk mengadakan program 5 minit anti dadah untuk dijalankan di sekolah. Boleh tahan heavy juga task sebagai penyelaras ni eh, huhu... Saya dah sediakan nota untuk cikgu-cikgu di sekolah saya bacakan sewaktu perhimpunan rasmi. Alhamdulillah, dalam kesibukkan yang melanda, saya masih diberi kesempatan dalam menyediakan nota 5 minit anti dadah untuk 30 minggu. Nota tu bukanlah saya cipta sendiri, tetapi saya ambil dari pelbagai blog dan laman web, di copy paste dan dijadikan dalam bentuk booklet. Rasanya kalau nak mencipta sendiri, mau ambil masa tiga empat bulan untuk siapkan. Kan?! Hehe... Saya tidak ada masa yang cukup untuk buat nota sendiri. Ceduk sahaja tapi yang penting dalam setiap nota, saya sertakan sekali laman rujukan saya so that kalau ada sebarang kemusykilan, bolehlah cikgu-cikgu di sekolah saya merujuk terus ke blog/web tersebut.

Baiklah, since baru-baru ni JPN dah keluarkan arahan untuk jalankan program bukan sahaja untuk pencegahan dadah malahan alkohol, rokok, vape, inhalan, ketum dan HIV/AIDS di peringkat sekolah, maka saya masukkan juga tentang semua yang disenaraikan tu dalam nota saya. Lihatlah skop dan perincian yang semakin meluas, menunjukkan dengan jelas kepada kita betapa anak-anak hari ini terdedah dengan segala gejala tidak sihat seumpama itu. Nauzubillah. Seawal sekolah rendah kita sudah diarahkan untuk memberi penekanan tentang semua ini mungkin kerana kes-kes yang berlaku saban hari meningkat. Inilah realitinya sekarang, amat menyedihkan dan membimbangkan.

Yang berminat untuk menjalankan program 5 minit Anti Dadah ni, boleh download bahan dari link di bawah.  Bagi yang memerlukan bahan untuk papan kenyataan, boleh rujuk post saya yang terdahulu, Bahan PPDa
Semoga bermanfaat..

Download Booklet Program 5 Minit Anti Dadah 30 Minggu

Nota kaki : Semoga dengan adanya booklet ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban cikgu-cikgu dan dapat memberi manfaat kepada anak didik kita. Ameen... Jom sambung buat kerja lain pulak! Huk huk.. :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...