Friday, 9 December 2016

Modul Frog VLE Untuk Beginners


Assalamualaikum semua! Salam Jumaat...

Perkongsian ilmu hari ini adalah untuk para 'beginners' yang baru nak berjinak-jinak dengan Frog VLE. Maklumlah, ramai yang dah terima smartphone Altitude, jadi mesti anda semua berkobar-kobar nak mencuba segala apps yang ada berkaitan dengan Frog VLE ni kan?! Hehe..

Untuk makluman semua, tiga modul ini telah pun dikongsikan oleh salah seorang sahabat saya, Khairil Firmansyah B. Anuar. Beliau merupakan seorang pegawai teknologi pendidikan di PKG Mersing. Menurut beliau, untuk menghasilkan modul berkaitan apps terkini iaitu Frog Assignment, Frog Chat dan Frog Snap, beliau telah membuat rujukan dengan beberapa lagi pegawai teknologi pendidikan yang lain termasuklah juga helpdesk bagi memastikan maklumat yang ditulis adalah tepat. See! Saya suka cara kerja yang sebegini, ada masa kita perlu bertanya supaya tak tersesat jalan... Hehe. Oleh kerana beliau seorang yang low-profil, jadi saya ambil kesempatan ini untuk memperkenalkan beliau di mata umum... Haha!

Ni pun boleh dijadikan panduan. Saya dapat ni semasa di Leaps of Knowledge 2016
Pandangan saya tentang modul-modul yang dihasilkan adalah sangat baik, teratur dan berguna terutamanya untuk pengguna-pengguna baru Frog VLE. Untuk Frog Admin di sekolah juga, bagus jika anda dapat download dan emailkan kepada semua rakan guru di sekolah anda untuk dijadikan panduan. Kadang-kadang, guru-guru ni minat nak ber'frog', cuma kurang kefahaman tentang widget-widget yang terdapat di dalam tu, jadi mungkin dengan adanya modul-modul sebegini, penggunaan Frog VLE di sekolah anda dapat dipertingkatkan. Don't give up, teachers! :D

Dengan modul yang bewarna warni disertakan juga panduan yang sangat detail, saya yakin, cikgu-cikgu pasti senang nak faham... Download tau! Rugi kalau tak download bahan-bahan terbaik dari ladang macam ni... Hheheee... By the way, Frog Apps boleh jer dimuat turun di mana-mana telefon pintar. So, yang belum terima smartphone Altitude tu, masih boleh download those apps di telefon masing-masing ya!

Download :
Modul Frog Assignment, Frog Snap dan Frog Chat by Khairil Firmansyah

Panduan Ringkas Membina Laman Pembelajaran Frog VLE By Khairil Firmansyah

Panduan Ringkas Membina Kuiz By Khairil Firmansyah

Nota kaki: Do what you do so well that they will want to see it again and bring their friends. - Walt Disney

12 comments:

  1. Alhamdulillah,berkat usaha pegawai-pegawai PKG yg awesome,maka terhasillah modul awesome seperti ini.. :) kita sebagai guru amat bersyukur dan mengharapkan modul-modul seperti ini diedarkan ke sekolah-sekolah untuk memudahkan semua guru..

    ReplyDelete
  2. TERIMA KASIH KERANA SUDI SHARE BAHAN2

    ReplyDelete
  3. terima kasih kerana sudi kongsi ilmu

    ReplyDelete
  4. Terima kasih dgn ilmu yg sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete