Aplikasi Berguna Untuk Guru - TINY SCANNER - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 26 September 2016

Aplikasi Berguna Untuk Guru - TINY SCANNER



Assalamualaikum... Hai semua! Apa khabar?


Saya pasti ramai guru-guru yang ketika ini yang sedang berhabis-habisan menyediakan soalan untuk peperiksaan akhir tahun yang akan berlansung tak lama lagi. Hari ini saya ingin berkongsikan tips bagaimana untuk cikgu-cikgu scan bahan tanpa menggunakan scanner. Kadang-kadang saya sendiri malas nak mengusung buku-buku untuk dibawa balik ke rumah. Apa yang saya buat, saya scan sahaja mukasurat-mukasurat yang saya perlukan semasa di sekolah, dan bina soalan di rumah. Guna handphone je pun kan.. dua tiga minit dah boleh siap scan beberapa mukasurat dah! Hehe.. 


Tekniknya mudah sahaja, iaitu dengan memuat turun aplikasi 'Tiny Scanner' dari Google play store (Android phone) atau pun di App Store bagi pengguna Apple. Aplikasi ini merupakan aplikasi wajib untuk saya kerana ianya amat mudah digunakan serta tak perlukan modal untuk membeli sebuah scanner yang besar gedabak. Hanya gunakan handphone! 


Dokumen yang telah di scan menggunakan aplikasi ini juga boleh disimpan dalam bentuk gambar (jpg) atau PDF. Selain itu, satu lagi kebaikkan aplikasi ini adalah ia membenarkan kita melakukan 'crop' sebelum data tersebut disimpan. Jadi, kita hanya akan dapat bahagian yang perlu sahaja. 



Tak perlu pun nak upgrade kepada Pro Version. Saya hanya menggunakan yang free version sahaja. Itu pun sudah berbaloi. Cuma setelah anda scan, terus simpan sebagai gambar/pdf dan share kan kat Telegram/email. Jangan biarkan banyak dokumen yang dah di scan tersimpan kat dalam aplikasi Tiny Scanner tu. Hal ini adalah untuk mengelakkan aplikasi tersebut block anda untuk menggunakan Versi Percuma. Delete je dokumen yang dah di scan selepas transfer ke Telegram/email... 






Untuk menyimpan/mengalih dokumen


Selain menggunakan fungsi email (email kat diri sendiri jer), anda boleh Klik butang MORE - Open In - Kemudian pilih Telegram - Saved Messages. 


Bagaimana cara untuk transfer dokumen tersebut untuk masuk ke komputer kita? 


Ada tiga kaedah, yang pertama apabila sudah selesai scan, sambungkan wayar USB (pengecas telefon) anda ke komputer. kemudian 'explore' telefon anda di komputer untuk mendapatkan gambar/dokumen yang telah anda scan tadi. 


Cara kedua ialah dengan menghantar email kepada diri sendiri. Buka email tersebut dan download bahan yang dikehendaki. Tadaaa... Dokumen sudahpun masuk ke laptop anda! 


Cara ketiga, adalah dengan menggunakan Telegram. Mudah kan?! Okay, jom ambil mood buat kertas soalan. Hehe.. Selamat mencuba..


Nota kaki : Be thankful for the bad things in life. They open your eyes to see the good things you weren't paying attention before. 

14 comments:

  1. Klu transfer guna blutooh pun boleh jugak kan...

    ReplyDelete
  2. Tahniah dan terima kasih cikgu raihan...

    ReplyDelete
  3. TAHNIAH DAN TERIMA KASIH CIKGU RAIHAN. BYK MANFAAT SAYA DAPAT DRP BLOG CIKGU. MG ALLAH JUA YG DPT MEMBALAS JASA BAIK CIKGU. MOHON SHARE YA SGL ILMU YG SAYA CEDUK DRP CIKGU. IN SHA ALLAH URUSAN CIKGU SENTIASA DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH...AMIN

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya! Terima kasih juga atas doa yg diberikan.. sangat menghargainya.. :)

    ReplyDelete
  5. TQSM for sharing this info..really beneficial

    ReplyDelete
  6. Biasanya sy snap gambar yg sy nak he.. Xpernah pulak guna scanner.boleh Cikgu Raihan tolong terangkan kebaikan tiny scanner berbanding Kalau Kita snap je pic? Tq cikgu

    ReplyDelete
  7. Dokumen yg di scan akan nampak mcm difotostat. Beza dgn gambar.. gambar akan nampak cahaya, dll.. tp bila guna scanner,dokumen lebih jelas, ala fotostat.cubalah dulu cikgu, kalau rasa tak sesuai,delete je apps tu dari tab/phone.hehe..

    ReplyDelete
  8. Should you feel find it difficult to, you undoubtedly is not able to; If you don't intend, to have failing. Things are subject to intellect, reduction of hundreds exercises are hopeless prior to starting. scanning

    ReplyDelete