PDP : Contoh PDP Abad ke-21 Untuk Subjek Bahasa Inggeris - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 7 August 2016

PDP : Contoh PDP Abad ke-21 Untuk Subjek Bahasa Inggeris


Bulan lalu, saya telah di'observe' oleh SISC+ dari PPD Kinta Utara, Puan Juliana. Pada mulanya saya memang rasa kurang gembira atas permintaan beliau untuk masuk melihat pdp saya. Bukan apa, walaupun sudah lebih sepuluh tahun mengajar, saya masih kurang yakin untuk mengajar dihadapan pemantau mahupun pentadbir. I'm shy! :)

Setelah membuat persediaan yang sedikit rapi, saya menyahut cabaran rakan-rakan saya yang percaya bahawa saya boleh melakukan yang terbaik untuk sesi bersama SISC+ tersebut. Tarikh diatur dan tibalah masanya untuk mempersembahkan seperti yang dirancang dalam rancangan pengajaran.

Yes. Ini tips dari saya. Pertama sekali, sebelum anda memulakan pengajaran, anda mesti pastikan bahawa murid-murid sudah bersedia untuk menerima pelajaran. Otherwise, your lesson would be less meaningful. Okay, dibawah ini adalah gambar-gambar yang sempat diambil oleh pegawai SISC+. Terima kasih Puan Juliana kerana sudi kongsikan gambar-gambar ini dengan saya! :) Berikut adalah perkongsian pengalaman saya. Biar gambar berbicara... Klik pada gambar


























Okay, done! 
Pada pandangan saya, untuk melaksanakan PDP abad ke-21, cukup jika kita selitkan beberapa elemen sahaja. Be creative and make it simple. I like the idea, untuk menggantikan traffic light yang ramai cikgu tak tidur malam dok pulun buat tu, boleh minta murid gunakan ibu jari sahaja untuk 'represent' tahap kefahaman mereka dalam pembelajaran. Terima kasih puan Juliana kerana sudi berkongsi tips dengan saya. Yang berminat untuk mendapatkan bahan PDP saya, sila download dari link yang saya berikan ya.. Lengkap dengan slide dan lembaran kerja serta peta i-think. Oh ya, untuk buat 'fruit machine' tu sila rujuk post saya Roda Impian. Semoga bermanfaat! 

Nota Kaki : Sesekali buat lesson plan complex macam ni okay juga. Melalui pemerhatian saya, murid-murid memang bersemangat dan sangat aktif semasa aktiviti perbincangan. Kalau buat hari-hari macam ni, jenuh juga kan?! Hehe.. Apa pun, ciptalah PDP yang berkesan dan memorable. Bye!

25 comments:

  1. how to follow ur blog eh? thank u...

    ReplyDelete
  2. Hi isara! untuk follow, klik ke web view terlebih dahulu ya. Nanti ada butang follow di bahagian bawah. :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih. Ni perkongsian idea dgn sisc+ kak.. Lepas ni tak payah susah-susah buat traffic light ye. Pakai thumbs up pun ok. :))

    ReplyDelete
  4. Setinggi ucapan tahniah kerana cikgu berani mencuba. Syukur cikgu ada seorang SISC+ yang pandai memberi bimbingan dan galakan pada cikgu. Memang betul lah... mula-mula tu agak kekok, rasa rimas dengan persiapan yang kita fikir akan membebankan kita. Tetapi, bila akhirnya kita berjaya dan nampak hasilnya (terutama perubahan sikap pelajar kepada positif), kita terus akan dapat reflek, "be creative and make it simple", "selitkan beberapa elemen saja". Seronok kan, bila kita sedar apa yang kita mampu buat. Last2, kita mampu pula nak soal balik keyakinan kita..."kalau buat hari2 mcm ni, jenuh juga kan?" Itu maksudnya, kita juga sedar yang kita nak buat pdp mcm ni tiap2 hari tapi... mcm mana ya?

    Tips saya: minta bimbing rakan SISC+ cikgu tu, Puan Juliana. I'm very sure she has a lot up her sleeves. You only have to ask her and i bet she's ever ready to help & guide you. All the best, cikgu!

    SISC+ B.I,
    PPD Betong,
    Sarawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya ini. Frankly, saya selalu rasa rendah diri apabila melihat guru2 lain sibuk menyediakan beratus-ratus traffic lights, mengubahsuai bilik darjah dengan alas meja/langsir dan mcm2 lagi hiasan, susun atur meja dll yang mana saya tidak mampu buat semuanya as I'm tied with so many things. Sebenarnya untuk melaksanakan pdp abad ke 21,pada saya bukanlah hanya perlu fokus kepada perkara-perkara itu sahaja,malah kelas yang 'biasa-biasa' juga boleh dan layak untuk menjalankan pdp abad ke 21.yang penting,kreativiti dan mentaliti yang positif dlm mengubah arus pendidikan.pilih beberapa elemen sudah memadai. Bukan nak kata traditional classroom tak bagus,tapi apabila sesekali kita selitkan dgn aktiviti fun learning,saya nampak kesannya pada murid.lebih yakin diri dan yang penting,belajar dlm keadaan yang menyeronokkan dan ini memotivasikan mereka untuk belajar lagi dan lagi..banyak lagi cara dan kaedah 'simple' yang boleh kita lakukan,matlamatnya satu; untuk tarik minat murid belajar! I really hope I could inspire more teachers through my writings.. :)

      Delete
  5. Yes! Continue on, cikgu. Saya tabik hormat pada cikgu-cikgu yang hendak mencuba. Be creative with what you have. PAK 21 isn't only about physical changes to our PdP or classroom. It is best if we can make mental & behaviourial changes. Apa yang cikgu dah laksanakan tu, itulah yang orang kata "anjakan paradigma". So, tahniah cikgu & keep it up.

    ReplyDelete
  6. Congrats cikgu Raihan. U did it. Satu kepuasan kn bila murid kita mncapai objektif kita dn perubhn tingkahlaku positif juga dpt dibina. Physical appearance does help to boost students interest in their studies but it doesnt mean tht without it, the lesson would fail. The main idea here is the lesson itself. U hv proven tht good planning, worked well. Bertepatan dgn peranan guru dlm SKPMg2 iaitu guru sbg perancang. U also managed to handle ur class well. Sekali lg bertepatan dgn peranan guru sbg pengawal, pembimbing, pendorong dn penilai yg akhirnya mmbawa kpd pembelajaran aktif. Itu semua terkndung dlm SKPMg2. In a nutshell we cn say tht, applying PA21 is in line with the needs in SKPM n the main point here is wut the students gain by the end of the lesson. Bravo cikgu. Keep it up!

    ReplyDelete
  7. Tidak ditanya penggunaan ICT ke Cikgu?

    ReplyDelete
  8. Well done Cikgu..... Continue to inspire others.

    ReplyDelete
  9. gud job...moga diberi kemudahan dlm semua urusan..aamiin

    ReplyDelete
  10. Tnx. Great job and a great help to us old timers to catch up. God Bless You.

    ReplyDelete
  11. Great job teacher Raihan...saya tumpang singgah dan tambah ilmu daripada blog cikgu ya.

    ReplyDelete
  12. harap halalkan ilmu cikgu yang saya telah ambil dr blog ini. Allah sja yg dpt mmblsnya

    ReplyDelete
  13. Tq Cikgu... Saya suka blog Cg... Byk perkongsian ide...

    ReplyDelete