Upcoming Events

Wednesday, 31 August 2016

Contoh Kertas Kerja Highly Immersive Programme


Assalamualaikum dear readers and followers. Selamat Hari Kebangsaan!

Highly Immersive Programme adalah merupakan program pembudayaan Bahasa Inggeris di sekolah. Program ini adalah merupakan program dibawah arahan Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah pun berkuatkuasa bermula Jun 2016. Walaubagaimana pun, tiada peruntukan khas diberikan untuk program ini. Oleh hal yang demikian, saya selaku penyelaras program di sekolah saya, bekerja keras demi menjayakan program ini kerana saya berpendapat ianya merupakan suatu program yang sangat baik lebih-lebih lagi untuk sekolah seperti sekolah saya yang terletak di pinggir bandar yang majorotinya murid Melayu.

Untuk membudayakan Bahasa Inggeris bukanlah suatu perkara mudah. Bayangkan 90% murid-murid di sekolah saya yang rata-ratanya berkomunikasi dalam bahasa Melayu di rumah dengan orang tua mereka, kawan-kawan serta adik beradik, menonton rancangan berbahasa Melayu, dan Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang janggal dan sukar untuk mereka praktiskan dalam perbualan mereka sehari-hari. Inisiatif HIP ini sememangnya satu titik tolak permulaan yang baik untuk murid-murid khususnya. Lantas, saya bersama dengan ahli panitia yang lain berbincang apakah solusi terbaik sebagai langkah permulaan untuk dilaksanakan di peringkat sekolah tanpa memberikan 'kejutan budaya' kepada murid-murid. Bukan apa, Guru Besar saya juga seringkali berpesan agar tidak keterlaluan dalam memilih program, mulakan dengan yang 'lite' sahaja supaya minat murid-murid dapat dipertingkatkan secara konsisten.

Untuk melaksanakan program, sudah semestinya memerlukan kos. Hasil perbincangan dengan Guru Besar, saya telah menyiapkan kertas kerja bertujuan untuk mencari dana. Saya suka melihat murid-murid saya gembira dan enjoy belajar dalam 'environment' yang menyeronokkan. Bagi yang berminat untuk mengguna pakai kertas kerja saya, bolehlah download dari link yang diberikan di bawah ini. Jangan lupa sertakan sekali surat iringan ya! Semoga bermanfaat!


Download : Kertas Kerja Highly Immersive Programme

Highly Immersive Programme - Part 2

Woot.. Woot.. Hi people!

As I promised you guys, I'm going to share the activities my school had carried out in conjunction to make this HIP a success.

Assembly in English
Last Monday morning, we conducted our assembly in English. It was the second time since July. I was glad that my Year 4 students were ready to read the emcee text, led the national philosophy and prayers recitation. My colleagues, Puan Aishah, the teacher's incharged and Puan Zauyah, senior assistant of students' affair had prepare their speech text and yes, I could say that everything went well. Their speech was great! Applause!

Emcee - Imtiyaz, Year 4 student
Prayer recitation by Naufal, year 3 student
Story telling
This wasn't a competition! My Year 5 students, Ghaz and Sabrina offered themselves to tell stories during assembly. This is the positive impact of Highly Immersive Programme, I guess. It is crystal clear that this programme has help the students engage with the language and at the same time help them build their confidence to use the language. Before I promoted HIP to my students, I could hardly hear them speak English or make them involve in English activities. After about two months promoting the program, alhamdulillah, they have shown their interest towards the language.

Story telling by Ghazsani

Story telling by Sabrina

English Language Camp
Last Saturday, 20 of year 1 and year 2 students in my school participated in English Camp which was held at SK Tanah Hitam. I received many positive feedback given by the students, parents and the teachers involved. The aims of this camp are to let the students expose to the language and be able to apply it in their daily life.






"I hear and I forget, I see and I remember, I do and I understand" - Confucius

Friday, 12 August 2016

Highly Immersive Programme - Part 1


  • Our very first project for HIP... English Zone!
Before.

Thank you Cikgu Redzwan for helping us!

Teacher Azura was busy laminating the materials.

Almost done..

Done! Yay!

Done! Yay!
  • We decided to have assembly in English once a month. The teachers on duty are responsible to prepare speech in English. We would encourage the non-optionist teachers to deliver speech during the assembly. Practice makes perfect! :)
  • Reading Corner - I managed to buy these books at cheaper price from AEON Station 18. Each book costs me RM1 and it consists of four short stories. I put these colourful and attractive books in my class so that my students could read and fill up their NILAM book whenever they're free. I know it's not easy for young kids to stay in place and do reading but some of my students really did! High five! :D
4 short stories in a book.









Footnote : I'll try my best to make it real! :) More updates will be coming soon. Wait and see.. Haha

Sunday, 7 August 2016

PDP : Contoh PDP Abad ke-21 Untuk Subjek Bahasa Inggeris


Bulan lalu, saya telah di'observe' oleh SISC+ dari PPD Kinta Utara, Puan Juliana. Pada mulanya saya memang rasa kurang gembira atas permintaan beliau untuk masuk melihat pdp saya. Bukan apa, walaupun sudah lebih sepuluh tahun mengajar, saya masih kurang yakin untuk mengajar dihadapan pemantau mahupun pentadbir. I'm shy! :)

Setelah membuat persediaan yang sedikit rapi, saya menyahut cabaran rakan-rakan saya yang percaya bahawa saya boleh melakukan yang terbaik untuk sesi bersama SISC+ tersebut. Tarikh diatur dan tibalah masanya untuk mempersembahkan seperti yang dirancang dalam rancangan pengajaran.

Yes. Ini tips dari saya. Pertama sekali, sebelum anda memulakan pengajaran, anda mesti pastikan bahawa murid-murid sudah bersedia untuk menerima pelajaran. Otherwise, your lesson would be less meaningful. Okay, dibawah ini adalah gambar-gambar yang sempat diambil oleh pegawai SISC+. Terima kasih Puan Juliana kerana sudi kongsikan gambar-gambar ini dengan saya! :) Berikut adalah perkongsian pengalaman saya. Biar gambar berbicara... Klik pada gambar


























Okay, done! 
Pada pandangan saya, untuk melaksanakan PDP abad ke-21, cukup jika kita selitkan beberapa elemen sahaja. Be creative and make it simple. I like the idea, untuk menggantikan traffic light yang ramai cikgu tak tidur malam dok pulun buat tu, boleh minta murid gunakan ibu jari sahaja untuk 'represent' tahap kefahaman mereka dalam pembelajaran. Terima kasih puan Juliana kerana sudi berkongsi tips dengan saya. Yang berminat untuk mendapatkan bahan PDP saya, sila download dari link yang saya berikan ya.. Lengkap dengan slide dan lembaran kerja serta peta i-think. Oh ya, untuk buat 'fruit machine' tu sila rujuk post saya Roda Impian. Semoga bermanfaat! 

Nota Kaki : Sesekali buat lesson plan complex macam ni okay juga. Melalui pemerhatian saya, murid-murid memang bersemangat dan sangat aktif semasa aktiviti perbincangan. Kalau buat hari-hari macam ni, jenuh juga kan?! Hehe.. Apa pun, ciptalah PDP yang berkesan dan memorable. Bye!

Thursday, 4 August 2016

PDP : Planet 4D Percuma


Jika anda mengikuti blog saya, sudah semestinya anda terbaca tentang tulisan saya yang terdahulu iaitu tentang Aplikasi 4D yang Kebaboom Saya tidak menyangka yang tulisan saya itu telah menjadi perhatian 'Apps Developer' yang menghasilkan aplikasi tersebut. Beliau yang berasal dari India telah menghubungi saya melalui email dan yang paling 'best' apabila beliau menghadiahkan saya satu set kad Animals 4D dan juga 3 keping contoh kad 4D planet. Yay! dapat kad 4D free dan dapat kawan baru dari India! Nice to meet you, Chiman!~ Kesungguhan beliau menjejak saya amat saya kagumi dan sejujurnya saya juga sangat terharu.

Macam mana nak guna planet 4D ni? Ok, anda boleh rujuk dari video yang saya letakkan dibawah ini.


Menarik kannnn?! Baiklah, saya akan kongsikan link untuk kalian semua download bagi mendapatkan 3 keping kad 4D Planet secara percuma. Lepas download, jangan lupa print ya!

Download : Kad 4D Planets Percuma

Kemudian, sila download aplikasi di telefon pintar anda untuk anda memulakan aktiviti seronok ini di kelas. Dapatkan aplikasi dari Apps Store atau Google Play. Dah siap download, buka aplikasi, halakan kamera ke gambar yang dicetak, wallaaaa, matahari kini berada betul-betul dihadapan anda! Lengkap dengan nota (dalam Bahasa Inggeris)!

Nota Kaki : Buat baik dibalas baik... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...