Tuesday, 12 July 2016

PDP : Membina Kanvas Catatan Elektronik



Salam Aidilfitri, sahabat...

Dua minggu lalu, saya telah diarahkan untuk menyertai taklimat berkenaan Program terkini KPM, Highly Immersive Program (HIP). Terdapat 10 buah sekolah yang bakal menjadi perintis di Daerah Kinta Utara untuk program ini. Objektif HIP adalah untuk mewujudkan suasana / pembudayaan penggunaan Bahasa Inggeris oleh semua warga sekolah termasuk ibubapa, guru, murid, staf serta komuniti. Staf bukanlah terhad kepada kerani sekolah sahaja, tetapi melibatkan warga kerja secara keseluruhan termasuk jaga, pekerja pembersihan dll. Saya merangka aktiviti yang boleh dijalankan secara umum dan pada masa yang sama dapat menarik minat warga sekolah untuk sedikit sebanyak mempelajari Bahasa Inggeris. Antara yang telah saya telah cadangkan adalah tentang penggunaan kanvas elektronik yang membolehkan semua warga sekolah saya terlibat secara langsung dengan hanya menggunakan satu link yang diberi.

Kanvas Elektronik yang saya maksudkan ialah, aplikasi Padlet. Saya mula diperkenalkan dengan aplikasi Padlet ini awal tahun lalu oleh Guru Besar SK Seri Ampang, YM Raja Zainalabidin Bin Raja Yahaya, sewaktu menghadiri program penanda aras di sekolah beliau. Beliau antara Guru Besar yang saya kenal, hebat dalam bidang ICT. Padlet adalah suatu aplikasi yang sangat mudah digunakan. Saya akan tunjukkan bagaimana untuk memulakan pembinaan kanvas elektronik anda!

Langkah 1
Pergi ke laman https://padlet.com
Klik pada butang login
Pilih untuk login menggunakan google account (gmail) atau facebook account anda

Langkah 2
Mula mencipta tapak. Tuliskan tajuk dan deskripsi. Pilih latar belakang, icon.. Pilih layout GRID supaya teks lebih tersusun. Set kan setting to public supaya semua orang yang ada link boleh menulis di atas kanvas tersebut.

Langkah 3
Copy link dan buka satu lagi tab baharu.. Pergi ke gg.gg untuk memendekkan url anda. Paste kan link padlet yang telah di copy di gg.gg. Pendekkan dengan meletakkan perkataan yang bersesuaian diakhir link. Contohnya, anda mungkin boleh meletakkan singkatan nama sekolah dan sebagainya.

Langkah 4
Edarkan link kepada semua pengguna (warga sekolah) supaya mereka boleh memasukkan idea/pendapat/jawapan dll.

Sila rujuk video tutorial 'bisu' saya yang tak seberapa ni ye... Hehe



Sebenarnya, macam-macam yang anda boleh buat dengan padlet ni.. Selain untuk pdp, ia juga boleh digunakan sebagai pelantar orang ramai menyalurkan pendapat/idea/maklumbalas. Saya selalu menggunakan aplikasi ni sewaktu saya selesai memberi ceramah, saya akan minta para peserta untuk menulis feedback mereka di kanvas tersebut.. Untuk pdp atau sesuatu program khususnya, anda boleh meletakkan tajuk yang bersesuaian.. Sebagai contoh, untuk program HIP ini saya mencadangkan untuk bina tapak bagi tajuk seperti berikut :-
1) Idioms and meanings
2) Synonyms
3) Antonyms
4) Writing about their feelings (exactly like parking lot dalam pembelajaran abad ke-21)
5) Learn a word a day - new word/meaning
6) Collective Nouns
7) Proverbs and meanings
8) Dedication on special occasions (Hari Raya, Hari Guru, etc)
9) English songs that they love
10) Commenting/Debate (by giving one general topic)
11) brainstorming for writing activity
12) listing (by giving title like clothing, food, animals etc)
dan banyak lagi...

Yang menariknya, penggunaan padlet ini amat mudah. Masuk ke link yang diberikan. Hanya klik 2 kali pada kanvas (double tap) dan sudah boleh mula menulis. Selain itu, ia juga mesra telefon pintar. Zaman sekarang zaman telefon berada ditangan, jadi saya rasa aktiviti menggunakan padlet ini boleh dilaksanakan dengan sangat baik. Yang penting, semua orang haruslah dididik untuk positif dalam menerima perubahan dalam sistem pendidikan kita! Ukenduit!


No comments:

Post a Comment