PDP : Lagu Sifir 2 -12 - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 2 May 2016

PDP : Lagu Sifir 2 -12


Menghafal sifir adalah 'nightmare' kepada ramai kanak-kanak. Untuk menghafal sifir memerlukan komitmen murid-murid melatih membaca sifir dalam suatu jangka masa yang agak panjang terutama bagi murid-murid yang sederhana dan lemah.

Saya terjumpa koleksi lagu sifir yang sangat menarik untuk digunakan dalam PDP mahupun dipasang ketika perhimpunan pagi. Murid-murid pasti teruja mendengar lagu-lagu popular kanak-kanak seperti burung kakak tua, nenek-nenek si bongkok tiga, rasa sayang dll diselitkan dengan sifir 2-12. Dengan lagu-lagu 'old time favourite' yang ceria, lagu-lagu ini dapat membantu murid-murid menghafal sifir.

Koleksi lagu ini dihasilkan oleh pihak BTP sebagai usaha untuk memudahkan para guru melatih anak-anak didik menghafal sifir. Pada pendapat saya, 'method' lagu adalah lebih baik dan mudah untuk diterapkan kepada kanak-kanak. Bagi guru-guru dan ibu bapa yang berminat untuk mendapatkan koleksi tersebut, sila download dari link yang saya berikan. :)

Download / Dengarkan :


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anak-anak didik kita... InsyaAllah...

Nota kaki : Every day may not be good, but there's something good in every day.

4 comments: