Friday, 15 April 2016

PDP : Makanan



Tajuk Makanan adalah merupakan salah satu tajuk kegemaran murid-murid! Percaya atau tidak, apabila saya mencadangkan kepada kelas saya untuk membuat aktiviti penyediaan makanan, rata-rata murid saya melonjak gembira dan sangat-sangat teruja. Saya juga teruja dengan kesungguhan mereka.

Saya memilih untuk mengajar cara-cara membuat sandwich telur kepada murid-murid darjah 2 semasa pdp Bahasa Inggeris berlangsung. Saya meminta mereka membawa 2 keping roti setiap seorang. Bukan kedekut, tapi saya mahu mereka rasa bertanggung jawab sedikit dengan pembelajaran mereka. Tiada roti, bermakna tiada sandwich untuk mereka! Kejam? No...No...No... Saya akan pastikan mereka merasa juga sandwich tu walaupun tidak membawa roti. Caranya ialah dengan menyuruh mereka meminta dari kawan yang membawa roti lebih ataupun berkongsi dengan mereka yang kurang sukakan sandwich. Terus selitkan nilai moral 'sharing is caring'. :D

Saya sediakan 10 biji telur rebus yang dah siap saya buangkan kulitnya. Saya letak dalam tupperware yang agak besar siap-siap supaya senang nak lakukan langkah yang berikutnya pula. Kemudian saya bawakan sedikit garam dan sebotol mayonis. Bawa juga satu set garfu dan sudu.

Sewaktu di dalam kelas, saya minta beberapa orang murid untuk bantu saya hancurkan telur tersebut. kemudian, gaulkan dengan sebotol mayonis dan sedikit garam. Panggil murid mengikut kumpulan dan bantu mereka sapukan telur tadi di atas roti. Alhamdulillah, cukup untuk 40 orang!

Murid-murid bersarapan dengan sandwich telur. Biasalah, one man's meat is another man's poison kan.. Terdapat dua tiga orang murid yang kurang menggemarinya. Saya cadangkan mereka berkongsi sandwich tersebut dengan rakan-rakan yang lain. Ada juga yang siap 'tapau' untuk diberikan kepada adik beradik yang lain. Bagus murid-murid saya... :)


Nota Kaki : Saya buat aktiviti pengurusan rumah tangga - membuat sandwich sardin dengan murid-murid Pandu Puteri Tunas juga. :D


No comments:

Post a Comment