Upcoming Events

Sunday, 20 March 2016

Seminar 3i Zon Utara




Seminar 3i anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dengan kerjasama bersama Google Malaysia adalah merupakan suatu acara ulung dan terkemuka terutamanya buat pendidik yang cintakan IT! Seramai 200 peserta dari seluruh pelusuk negara terlibat dengan seminar yang dianjurkan secara percuma ini.

Pengalaman pertama saya terlibat sebagai urusetia dan pembentang bagi sesi 'demo slam' di Seminar 3i Utara, semalam, merupakan pengalaman manis yang tidak mungkin saya lupakan. Kedah merupakan tempat pilihan untuk mereka mengadakan seminar kali ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput saya untuk berkongsi ilmu yang tidak seberapa dengan rakan-rakan guru yang lain. Walaupun slot yang diberikan untuk kami,  Leader GEG, hanyalah lebih kurang 10 minit bagi setiap pembentangan, saya tetap menghargainya. Kehadiran Leader/co-leader GEG lain sebagai urusetia dan pembentang 'demo slam' juga amat saya kagumi dan saya rasa sangat terharu kerana mereka sanggup datang dari luar negeri Kedah! Lihatlah betapa positif dan bersemangatnya Leader GEG! Mereka mewakili Chapter GEG masing-masing, antaranya Cikgu Yassir (GEG Pudu), Cikgu Nanis (GEG Georgetown), Cikgu Prema (GEG Seberang Perai Selatan), Cikgu Syuhaimi (GEG Gombak) dan saya sendiri mewakili GEG Ipoh. Kerjasama yang erat  antara BTPN Kedah dengan Google Malaysia serta tidak dilupa juga Cikgu Rozaina, Leader GEG Kulim yang berusaha keras dan bertungkus lumus, merupakan faktor kejayaan acara ini.


Para peserta didedahkan dengan pelbagai aplikasi Google dan aktiviti dijalankan secara hands-on. Para peserta dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan kecil dan bergerak ke bilik-bilik seminar yang telah ditentukan mengikut masa yang ditetapkan. Selain itu juga, para peserta juga diberi peluang untuk mengambil persijilan (Google Certified Educator, Level ) secara percuma sekiranya mereka benar-benar bersedia dan berminat untuk mengambil peperiksaan tersebut.

Acara ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pendidik yang rata-rata sanggup menunggu sehingga ke penghujung acara. Sepuluh hadiah disediakan oleh pihak google bagi acara Q&A yang bertujuan untuk menilai kefahaman guru-guru tentang apa yang mereka pelajari sepanjang hari di seminar tersebut. Selain itu, sepuluh lagi hadiah cabutan bertuah turut disediakan. Antara hadiah yang disediakan adalah 'speaker bluetooth', buku nota, power bank dan hadiah utama berupa 'chromecast'!

Photo Booth juga disediakan bagi mereka yang mahu merakamkan kenangan menghadiri Seminar 3i ini. Photo Booth dikendalikan dengan baik oleh EM Booth Kualiti gambar yang cantik dan yang penting, ramai yang berpuas hati! Highly recommended! :)




Nota Kaki: Lepas ni kalau nampak iklan Seminar 3i, pergilah beramai-ramai ya untuk menimba ilmu secara santai dan kondusif.. 26 Mac 2016 ni, Seminar 3i di BTPN Melaka pula! :)

Friday, 18 March 2016

Flubaroo Semak Latihan Murid-murid Dalam Masa 5 Minit!



Rentetan post saya terdahulu bertajuk Teknik Super Simple Untuk Beri Latihan Kepada Murid Tanpa Perlu Menanda Buku  mendapat sambutan yang hangat dikalangan guru-guru, saya merasakan Ilmu Flubaroo ini juga amat berguna terutama bagi guru-guru yang sibuk dan menghadapi kekangan dari segi masa untuk menanda latihan yang diberikan kepada murid-murid. Sebelum saya teruskan, suka saya maklumkan kepada anda semua bahawa Flubaroo ini adalah suatu ilmu yang agak advanced. Ia melibatkan pembinaan soalan menggunakan Google Forms (bukan Widget Forms dalam Frog VLE ya!) dan Flubaroo adalah merupakan extension yang boleh didapati di dalam Google Sheets. Sekiranya anda mahir menggunakan Google Drive, anda mungkin tiada masalah untuk menggunakan Flubaroo ini!

Ikuti 8 tutorial bergambar mudah di bawah :-
(Sila Klik Pada Gambar)

Pertama sekali, pastikan anda membina soalan di Google Forms terlebih dahulu.












Flubaroo membenarkan anda untuk menghantar keputusan ujian/latihan terus kepada murid-murid melalui email atau google drive. Betapa mudahnya kan! Siap dengan peratus, markah dan lain-lain maklumat yang sangat berguna yang akan terpapar secara automatik! Tak perlu lagi menanda buku yang banyak, hanya gunakan Flubaroo untuk menyemak latihan yang diberikan. Siapa kata IT menyusahkan? Lihatlah, hanya dengan sekali klik, tak sampai 5 minit, semua latihan dapat disemak dengan jayanya! Selamat mencuba! :)

Nota Kaki : Ohh ya, pensyarah pun boleh cuba kaedah ini! :D

Thursday, 17 March 2016

Tebus Hadiah Percuma : Untungnya Pengguna Printer HP!


Sumber gambar: Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Tahukah anda bahawa setiap kali anda menukar 'ink' printer Hewlett Packard (HP), anda boleh menuntut hadiah dari mereka? Untuk pengetahuan anda, Hewlett Packard (HP) bermurah hati untuk memberi 'reward' kepada pengguna 'ink' original! Pada mulanya saya rasa pelik dengan tawaran ini, risau juga SCAM. Tapi setelah diperiksa ternyata ianya benar... Cuma, anda perlulah bersabar untuk menunggu hadiah anda sampai di depan muka pintu anda kerana mereka mengambil masa lebih kurang 2-3 bulan untuk memproses permintaan anda!

Bagaimana untuk menebus cenderamata tersebut? Ikuti langkah-langkah mudah seperti yang saya senaraikan di bawah ini:-

1. Baiklah, pertama sekali, pastikan anda tidak melakukan apa-apa pengubahsuaian printer terutama mengubah tempat 'ink'!
2. Setiap kali kita 'install' ink baharu yang ORIGINAL dalam printer, notifikasi tentang penebusan hadiah akan terpapar di skrin komputer.
3. Pastikan komputer anda tersambung ke talian internet/wifi kerana borang penebusan hanya akan terpapar di laman web HP. Isikan borang penebusan tersebut dengan lengkap. Anda perlu mengisi tarikh pembelian printer (yang ni saya memang agak-agak sahaja, sebab dah lupa tarikh sebenarnya!) dan anda akan diminta untuk menyimpan resit pembelian ink tersebut. Jangan risau, sekiranya tiada resit, saya pun tak simpan resit. Semasa barang dihantar, mereka tak minta pun untuk semak resit ink tersebut!
4. Hantar borang tersebut. (Online)
5. Anda akan menerima email notifikasi penebusan hadiah sejurus anda membuat permohonan penebusan hadiah.
6. Tunggu barang yang ditebus sampai di depan pintu rumah anda! Memang akan ambil masa yang agak lama, tapi pada saya, kita tak rugi apa-apa, claim sahaja, dapat tak dapat belakang cerita! Walllaaaa! Kali ini saya dapat set alat tulis Minie Mouse yang comel. Ok la tu, FREE kannn.. :)

Mengapa HP buat sistem reward seperti ini? Melalui pembacaan saya, saya dapati syarikat HP sengaja membuat sistem reward ini untuk mengesan penggunaan 'ink' tiruan, dan mengesan penjualan 'ink' tiruan yang berada di pasaran. Oleh sebab itu, mereka minta kita nyatakan tempat pembelian 'ink', rupanya untuk memudahkan mereka mengesan kegiatan tidak bertanggung jawab sesetengah penjual yang menjual 'ink' printer HP yang 'palsu'.

Ok semua, selamat mencuba! :)

Nota kaki : Saya pengguna printer HP Deskjet Ink Advantage 2545

Saturday, 12 March 2016

Bahan Pembentangan LINUS Bahasa Inggeris kepada Ibu bapa V1




Sekolah saya baru sahaja selesai menjalankan Program Jalinan Mesra LINUS bersama ibu bapa. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang LINUS dan bagaimana peranan ibu bapa juga sangat penting bagi membantu anak-anak untuk lebih berjaya. Saya membuat pembentangan untuk subjek Bahasa Inggeris Tahun 2 dan saya amat yakin bahawa idea Guru Besar dan Penyelaras LINUS sekolah saya untuk mengadakan pertemuan dengan waris murid-murid LINUS ini adalah merupakan suatu usaha yang boleh dicontohi. Bukan apa, kadangkala sikap murid-murid di rumah adalah jauh berbeza apabila mereka di sekolah. Jadi, pertemuan seumpama ini dapat membuka minda dan mata ibu bapa betapa guru-guru berusaha keras untuk mendidik anak-anak mereka agar berjaya membaca, menulis dan mengira sekaligus dalam membentuk sahsiah mereka ke arah yang lebih baik.

Sepanjang program yang saya jalankan lebih kurang dalam tempoh 1 jam 15 minit bersama murid-murid dan ibu bapa, saya jangkakan ibu bapa sudah boleh membuat kesimpulan tentang kebolehan anak-anak mereka. Ada ibu bapa yang mula 'naik angin' dengan anak yang masih tidak pandai menulis, ada yang memuji, malahan ada juga yang 'hilang sabar' kerana anak masih tak pandai membaca. Program ini sememangnya memberikan impak yang positif di kalangan ibu bapa kerana pada waktu inilah ibu bapa akan tersedar bahawa anak mereka sangat-sangat memerlukan perhatian serta bimbingan oleh ibu bapa di rumah. Saya amat berharap dengan adanya program seumpama ini, bilangan murid LINUS dapat dikurangkan.

Berikut adalah bahan pembentangan LINUS Bahasa Inggeris Tahun 2 yang saya paparkan kepada ibu bapa tadi. Saya adalah guru biasa, bukan JU LINUS atau pun guru yang hebat. Saya hanyalah guru biasa yang cuba untuk membantu murid-murid saya untuk terus cemerlang. Yang berminat untuk mendapatkan bahan, boleh download. Persembahan saya lebih kepada 'parenting', kaedah penyelesaian masalah dan aktiviti 'hands on' untuk murid-murid. Kenapa hands on? Saya adakan aktiviti 'hands on' kerana saya mahu ibu bapa mereka menilai sendiri kebolehan anak-anak mereka, supaya mereka tahu, kelemahannya dan kekuatan anak mereka. Saya juga mengedarkan set contoh soalan LINUS dari konstruk 1-12 untuk aktiviti hands on. Oleh kerana masa tidak mengizinkan, saya hanya benarkan murid-murid untuk cuba menjawab satu soalan bagi setiap konstruk, dan soalan selebihnya saya minta ibu bapa pantau dan bantu anak-anak menjawab di rumah. Saya juga mengedarkan 'mini whiteboard' dengan pen marker untuk mereka membuat aktiviti menulis. Saya berikan 2 ayat dan rata-rata murid saya mengambil masa yang agak lama untuk menulis disamping tulisan yang 'upside down'. Ibu bapa yang ada, melihat sama tulisan anak-anak mereka. Ada yang tersenyum, ada yang menggeleng kepala dan ada juga yang membantu anak-anak mereka untuk menulis dengan kemas dan cantik. Saya juga tunjukkan beberapa contoh lagu phonics yang boleh dimuat turun dari youtube. Selain itu, saya juga memasangkan lagu kanak-kanak (Bahasa Inggeris) dan beri peluang kepada mereka untuk menari dan membuat pergerakan badan. Saya ingin membuktikan kepada ibu bapa bahawa dengan menyanyi juga murid-murid sangat seronok belajar Bahasa Inggeris disamping mereka juga suka melakukan pergerakkan badan. Saya harap mereka tak putus asa membantu anak-anak mereka untuk menjadi lebih cemerlang pada masa akan datang. :)

Download : Bahan Pembentangan LINUS Bahasa Inggeris
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...