Sunday, 28 February 2016

Plagiarism Detector - Pengesan Plagiat





Sebagai blogger, saya amat menekankan tentang kualiti serta originaliti konten penulisan saya di blog. Saya amat berharap blogger-blogger yang lain juga mengamalkan etika yang sama semasa menghasilkan bahan tulisan dimana segala sumber yang diperolehi haruslah di kreditkan kepada empunya sumber. Tidak kiralah sumber sebesar mana sekali pun, hinggalah sekecil-kecilnya seperti resepi, pengalaman peribadi, gambar dsb. Adalah penting untuk kita memberi kredit kepada empunya sumber sebagai menghargai kesudian beliau berkongsi ilmu/input mahupun pengalaman dengan masyarakat. Selain itu juga, plagiat hasil kerja orang lain juga berkemungkinan besar dapat memberikan impak yang negatif kepada pembaca - mereka baca artikel yang sama di beberapa blog yang berbeza! :( Melakukan plagiat juga memungkinkan kita didakwa sekiranya tidak mendapat keizinan dari tuan empunya sumber. Perlu diingatkan bahawa segala bentuk penulisan/gambar adalah hak cipta penulis seratus peratus!

Seringkali kita terjumpa isu atau sesuatu bahan dari laman orang lain yang kita rasakan sangat elok untuk diketengahkan di blog kita, TETAPI adalah lebih baik untuk kita menulis semula (rewrite) dengan menggunakan ayat kita dan bukanlah dengan menceduk 100% ayat si penulis asal. Capture gambar juga sepatutnya adalah wajar untuk penulis menggunakan gambar sendiri, tetapi sekiranya mahu menggunakan gambar dari blog/web orang lain, perlulah memberi kredit sewajarnya kepada pemilik asal.

Saya terjumpa suatu aplikasi yang saya rasa amat bagus untuk memeriksa kandungan plagiat di dalam penulisan blog, penulisan artikel dan sebagainya. Aplikasi ini telah pun dikongsikan oleh saudara Othman Talib di Facebook baru-baru ini. Anda juga boleh menggunakan aplikasi online ini di http://www.plagiarism-detect.com/ dan yang paling menarik anda boleh menggunakannya tanpa perlu melakukan sebarang login atau bayaran. Ianya PERCUMA! Saya percaya, laman ini pastinya popular dikalangan pensyarah. :)

Alhamdulillah, kandungan blog saya adalah bebas dari plagiarism. :)

3 comments:

  1. Nice content. But I will share a helpful tips. We all want to get Google top ranking with our content/posts. But many time we are unable to get this. Do you know why? Google want Fresh and Unqiue content. But how you can understand my content is free and Unqiue. For this use Plagiarism Detector tools. But many of them don’t use Google. This is the first tool I am going to share which will use Google to get give that your content Unique or not. The big part is that this tools is free. So try this free Plagiarism Software and get first page rank easily.

    ReplyDelete