Monday, 4 January 2016

Tips Membeli Belah di LAZADA

Online shopping bukanlah suatu perkara asing buat masyarakat moden hari ini. Berbelanja secara online ternyata memudahkan ramai orang disamping tawaran penjimatan yang diberikan kadangkala agak menguntungkan pengguna. Walau bagaimana pun, dalam keghairahan membeli belah secara atas talian, perlu diingatkan bahawa kita masih perlu berhati-hati kerana terdapat banyak kes penipuan yang melibatkan urusan jual beli secara online dilaporkan setiap hari.

Mengapa saya suka membeli belah di LAZADA? Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk membeli belah di LAZADA yang mana ia merupakan salah satu syarikat perniagaan online yang ulung, yang berjaya mencuri hati saya untuk terus berbelanja dengan mereka.

1) Pertama kerana LAZADA membawa konsep sama seperti pusat memberi belah. Barang-barang diletakkan di tingkat-tingkat yang berasingan. Hanya klik pada tingkat yang berkenaan untuk mencari barang yang dikehendaki.
2) Selain itu, untuk menjimatkan masa membuat carian, pengguna boleh menaip terus di 'search box' yang disediakan dan dengan hanya sekali klik, barang yang anda cari sudah pun terpapar di skrin. Paparan itu juga membenarkan anda untuk menyusun mengikut harga dari yang murah kepada yang paling mahal. Di sinilah kelebihannya dimana anda tidak perlu keluar ke kedai-kedai untuk membanding harga, sebaliknya, LAZADA telah pun membantu anda untuk memudahkan anda memjalankan urusan pembelian.

Screenshot : www.lazada.com.my

3) Anda diberi pilihan untuk membayar samada secara atas talian menerusi pindahan wang atau melalui pembayaran menggunakan kad kredit. Anda juga boleh membayar secara tunai setelah barang anda sampai di muka pintu rumah anda! Untuk keselamatan, saya mencadangkan untuk membuat bayaran secara tunai. Walau bagaimana pun, pembayaran secara kad kredit juga boleh dilakukan, cuma dinasihatkan agar anda selalu menyemak transaksi anda melalui bil yang dihantar. Dengan pembayaran kad kredit terpilih (lihat promosi di web LAZADA) melayakkan anda mendapat potongan harga tambahan! Lebih jimat kan..
4) Di Lazada, terdapat beribu-ribu syarikat bersaing untuk menjual produk mereka. Oleh kerana itu, kebanyakkan mereka menawarkan harga yang lebih rendah untuk menarik pelanggan. Sebagai pelanggan, adalah mustahil jika kita memilih harga yang lebih tinggi. Semestinya, kita akan meletakkan pilihan kepada harga yang lebih rendah. Di sini, review pengguna amat penting! Baca review dari pengguna, kadangkala yang menawarkan harga murah hanyalah untuk memperdayakan pengguna sahaja. Baca semua komen-komen pengguna tentang penjual (seller) dan produk. Di sini, anda boleh membuat ramalan tentang kebolehpercayaan penjual mahupun produk.
5) Lazada menjual produk, tetapi bukan semua produk adalah produk mereka! Adalah lebih selamat jika anda membeli dengan LAZADA sendiri. Abaikan tentang harga, beli terus dengan LAZADA lebih terjamin dan memudahkan andaikata ada urusan refund(penggantian wang)/return(pemulangan)/replacement (gantian barang) di masa akan datang.
6) Banyak komplen tentang pembelian barangan yang akan dihantar dari luar negara. Antaranya adalah sebab kelewatan dan tidak mendapat barang seperti yang dijanjikan. Jadi, elakkan membeli barang yang akan di hantar dari luar Malaysia ya!

Screenshot : www.lazada.com.my

7) Untuk penjimatan berganda, pastikan anda menggunakan voucher untuk membuat pembelian. LAZADA selalu memberikan voucher potongan harga kepada pelanggan-pelanggannya terutama bagi pelanggan yang membuat pembelian menggunakan mobile apps. Kadangkala potongan harga diberikan sekiranya pembeli sudah pun mencapai had yang ditetapkan. Contohnya, potongan RM10 dengan pembelian RM80 keatas. Ada juga masanya pelanggan diberikan voucher semasa sambutan hari-hari perayaan. Selalu-selalulah semak notifikasi mobile apps anda! Walau bagaimana pun, setiap pembelian hanya melayakkan anda menggunakan satu voucher sahaja. Jangan terkejut jika saya katakan, ada pelanggan tegar LAZADA yang sanggup mengaktifkan beberapa akaun demi untuk mendapatkan voucher-voucher yang ditawarkan.
8) Jangan risau jika barang yang anda tempah sampai satu per satu ke rumah anda. Ini kerana, penghantaran diuruskan sepenuhnya oleh syarikat yang menjual. Lain syarikat, lain masa posnya. Semak tempoh penghantaran yang dinyatakan.
9) Semasa melihat barang yang ingin dibeli, pastikan anda membaca spesifikasi dan keterangan tentang barangan terlebih dahulu. Membeli dengan hanya melihat gambar adalah suatu tindakan yang perlu dielakkan sama sekali.
10) Jangan lupa masukkan nombor kad 'BCard' anda untuk mengumpul mata ganjaran. Dapat juga redeem 'Chatime' bila dah cukup point nanti.. Theheheee..

Akhir kata dari saya, jadilah pengguna yang bijak! :)

No comments:

Post a Comment