Rancangan Tahunan Pandu Puteri Tunas & Laporan - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday 19 January 2016

Rancangan Tahunan Pandu Puteri Tunas & Laporan


Tahun ini saya dilantik menjadi ketua untuk unit beruniform Pandu Puteri Tunas dimana ini merupakan kali pertama sepanjang perkhidmatan saya. Selama ini saya hanya menjadi 'orang bawah' sahaja. Kalau nak ikutkan minat, ya, saya memang kurang berminat dengan semua ini, tapi apakan daya, tanggung jawab sudah diberi dan harus diterima dan dijalankan sebaik mungkin... Percubaan pertama saya ialah menyiapkan perancangan tahunan bagi tahun 2016. Segala perancangan kebanyakkannya saya rujuk di laman http://www.panduputeri.org.my/ dan buku Panduan Asas Pandu Puteri Tunas terbitan Edusystem Sdn. Bhd. 

Saya juga telah menyiapkan laporan mingguan untuk 12 kali perjumpaan. Matlamat saya adalah untuk memudahkan guru-guru yang bersama saya dibawah unit beruniform Pandu Puteri Tunas untuk mengendalikan aktiviti dan tidak perlu menyediakan laporan. Mereka hanya perlu membantu saya mengambil kehadiran dan mencatatkannya di dalam laporan itu nanti. Menjalankan aktiviti kokorikulum sehingga lewat petang amat menguji kesabaran. Saya berharap dengan bantuan saya yang tidak seberapa ini dapat meringankan beban guru-guru sekolah saya yang bersama-sama memimpin Pandu Puteri Tunas.

Sumber Gambar : Google Image

Download : 


Sertai Telegram Persatuan Pandu Puteri Malaysia di http://bit.ly/2SmIS7P


Mohon maaf sekiranya aktiviti yang saya rancang tidak menepati standard piawaian otai-otai Pandu Puteri Tunas. Saya budak baru belajar! :)


Nota kaki: The 💓 is the place by which the correctness of deeds is judged.

20 comments:

  1. Syabas..layari blog PPT sekolah saya.
    Http://panduputeriskchenderah.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Salam...ini rancangan utk tahun berapa ye?sy pegang tahap 1...darjah 3...boleh ke guna yg ini ye?terima kasih

    ReplyDelete
  3. Salam...ini rancangan utk tahun berapa ye?sy pegang tahap 1...darjah 3...boleh ke guna yg ini ye?terima kasih

    ReplyDelete
  4. Salam.. kalu perancngn tahunn utk semua tahun ye... ada tak perancangn yg brbeza utk thn 3 hingga 6... tq for sharing..

    ReplyDelete
  5. Salam.. kalu perancngn tahunn utk semua tahun ye... ada tak perancangn yg brbeza utk thn 3 hingga 6... tq for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde cikgu.. saya buat sekaligus untuk semua sebab mmg jalankan aktiviti bersama2...

      Delete
  6. Terima Kasih cikgu! Alhamdulillah, berjaya download ;)

    ReplyDelete
  7. Minta izin untuk cp ye... Sbgai panduan.

    ReplyDelete
  8. terima kasih cgu.sy cp ye.sgt2 membantu

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Cikgu Raihan. Saya minta izin untuk download dan share bersama guru pemimpin Pandu Puteri Tunas Sekolah saya. Baru bentuk di sekolah.tu yang tekapai kapai lagi. terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  10. salam,Saya Yogeetha
    Saya ahli Pandu Puteri,Boleh saya dapat kan buku panduan asas Pandu puteri

    ReplyDelete