Friday, 1 January 2016

Kembalikan Mood Belajar Di kalangan Murid Dengan Google Cardboard

Sumber Gambar : Google Image

Kembalikan mood belajar dikalangan murid-murid dengan mengaplikasikan penggunaan Google Cardboard sewaktu di dalam kelas. 

Apa itu Google Cardboard?
Google Cardboard merupakan alat mudah guna, mampu milik dan amat menarik kerana ia berfungsi untuk 'membawa' murid kita menjelajah ke alam realiti maya (Virtual Reality) hanya dengan menggunakan aplikasi di telefon pintar kita. Terdapat banyak aplikasi VR yang boleh di muat turun dari Google Play Store dan bagi pengguna iPhone, boleh mendapatkan aplikasi tersebut dari App Store. Hanya dengan menaip kata kunci 'VR', berpuluh-puluh aplikasi VR akan dipaparkan. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi tersebut ke dalam telefon pintar dan selepas itu, wallaaaaa, anda boleh terus menggunakannya dengan Google Cardboard anda! Selain itu, anda juga boleh menonton video berbentuk VR yang boleh didapati secara mudah di Youtube. Pasangkan video di telefon pintar dan gunakan bersama Google Cardboard untuk mengalami pengalaman menonton 360darjah! 

Bagaimana Ia Boleh Menarik Minat Murid Anda?

Pertama sekali, aktiviti menggunakan Google Cardboard ini boleh dijadikan sebagai ganjaran kepada murid-murid. Ganjaran untuk mereka setelah mereka berjaya menyiapkan tugasan atau berkelakuan baik sepanjang pdp. Bentuk ganjaran yang positif seumpama ini boleh menaikkan minat murid-murid untuk terus berkelakuan baik, rajin berusaha sekaligus menerapkan aspek kepentingan ICT kepada mereka. Saya percaya, murid-murid amat seronok menggunakannya. 

Bagaimana Menggunakan Google Cardboard di Dalam Kelas?

Pertama, pastikan anda sudah pun siap sedia memuat turun aplikasi VR di dalam telefon pintar anda. Setelah 'on' aplikasi, masukkan telefon pintar anda ke dalam Google Cardboard. Berikan kepada murid untuk mereka mengalami pengalaman menonton 360darjah. Minta murid , mendongak, memandang ke bawah, berpusing 360darjah agar mereka nampak sepenuhnya video, game atau aplikasi yang dipasang. Melalui cara ini, murid akan merasakan seperti mereka berada dekat dengan lokasi sebenar seperti yang mereka nampak di dalam kadbod tersebut. Contohnya, sekiranya mereka melihat gambar-gambar tempat pelancongan (aplikasi VR), mereka akan nampak pemandangan 360 darjah hanya dengan menggerakkan badan mereka. Mereka akan merasa seolah-olah mereka berada di tempat yang ditunjukkan. Belajar tentang dinasour dan hidupan laut, amat menyeronokkan apabila dinasour dan ikan jerung bergerak bebas betul-betul di hadapan mereka! Ya, itulah Virtual Reality! Berikan murid anda pengalaman menaiki 'roller coaster' yang bakal membuatkan murid anda merasakan yang mereka seolah-olah sedang menaiki roller coaster yang sebenar. Impak dari pemandangan 360darjah, percayalah, mereka pasti teruja!

Dimana Untuk Dapatkan Google Cardboard?

Google Cardboard tidak dijual meluas setakat ini. Saya tidak menjualnya. Walau bagaimana pun, anda boleh mendapatkannya dari rakan-rakan saya seperti yang saya senaraikan di bawah ini dengan harga berpatutan dan jauh lebih murah dari pasaran, RM15/seunit. Hubungi mereka sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Google Cardboard. Mereka ini merupakan guru dan juga terlibat sebagai Ketua Google Educator Group di cawangan masing-masing. 

1) Normie Azura (Leader GEG Gombak) - normieazura@gmail.com
2) Jessica (Leader GEG Klang Valley) - wongsfong@yes.my
3) Amyza (Leader GEG Bandar Melaka) - gegbandarmelaka@gmail.com
4) Aishah (Leader GEG Terengganu) - nur38602@yes.my
5) Rozaina (Leader GEG Kulim) - rozaina.smkl@gmail.com
6) Ang Kong Yew (Leader GEG Kota Tinggi) - gegkotatinggi@gmail.com

Cara Pasang Google Cardboard


Aplikasi Popular dan Terkini VR
Sila rujuk di link ini : Aplikasi Popular dan Terkini VR

Sumber Video : Youtube

2 comments: