Friday, 29 January 2016

8 Cara Atasi Gangguan Internet di Sekolah



Jangan runsing sekiranya anda mengalami masalah untuk menggunakan talian internet di sekolah. Talian internet yang saya maksudkan ialah talian yang dibekalkan oleh pihak 1Bestarinet. Di sini, suka saya kongsikan beberapa tips untuk anda semua praktiskan. Saya menjangkakan sekiranya langkah-langkah seperti yang saya senaraikan ini diambil, masalah 'connection' mungkin dapat dikurangkan terutama apabila melibatkan penggunaan internet secara 'berjemaah' (beramai-ramai) seperti LADAP, pdp dengan pelajar dan lain-lain. Semoga bermanfaat.

NOMBOR 1
Sebagai pentadbir Frog/guru penyelaras bestari di sekolah, anda boleh telefon 1Bestarinet di talian 018-7998787 untuk maklumkan kepada mereka bahawa sekolah ingin membuat program LADAP atau apa-apa sahaja supaya mereka boleh membuat pemantauan talian di sekolah kita. Perlu diingatkan bahawa, segala permintaan (request) untuk pemantauan perlu dimaklumkan lebih awal, sekurang-kurangnya 3 hari bekerja sebelum program berlansung. Maklumkan pada mereka nama program, siapa yang terlibat misalnya pihak PPD, JPN, KPM atau warga sekolah, tarikh program dan masa program akan dijalankan.

NOMBOR 2
Perkara pertama sebelum program/LADAP bermula, minta guru-guru 'off' kan wifi di tablet/handphone mereka. Ini kerana, semakin banyak device yang menggunakan wifi, semakin lemah 'connection' kita..

NOMBOR 3
Jika ingin menggunakan pelantar maya Frog VLE, pastikan guru-guru/murid-murid masuk direct ke domain sekolah (kodsekolah.1bestarinet.net) untuk login.

NOMBOR 4
Bahagikan guru-guru/murid-murid ke dalam 2-3 kumpulan bergantung kepada bilangan Zoom yang digunakan. Pastikan komputer mereka 'connect' pada wifi yang ditetapkan. Misalnya, kumpulan 1 gunakan wifi1, kumpulan 2 gunakan wifi 2, kumpulan 3 gunakan wifi 3.

NOMBOR 5
Sekiranya menggunakan chromebook, pastikan chromebook 'connect' pada 'mobile lab' (zoom putih) dan bukan pada rangkaian wifi (Zoom Hitam) yang lain. Bagaimana nak pastikan? Minta guru/murid memeriksa 'connection' atau bantu mereka tukar 'connection' kepada 'mobile lab'.  Ini kerana, 'mobile lab' adalah khusus untuk chromebook. Tidak banyak device lain yang boleh detect dan menggunakan 'mobile lab'. Cara ini dapat membenarkan device lain selain chromebook untuk connect pada wifi (Zoom hitam) dengan lebih baik.

NOMBOR 6
Minta kerjasama guru-guru yang terlibat dengan program/LADAP/dll untuk membawa personal broadband atau dongle sekiranya ada. Ini sebagai backup sekiranya berlaku gangguan internet yang teruk.

NOMBOR 7
Jika talian internet masih bermasalah, minta guru-guru/murid-murid berkongsi komputer. Gunakan Browser Google Chrome, disebelah kanan 'address bar' (tempat untuk taip URL), klik pada 3 garisan (customize and control Google Chrome), pilih 'New Incognito Window' untuk multiple login. (Sila rujuk gambar) Jadi, dengan hanya menggunakan 1 device, beberapa orang boleh login ke pelantar Frog atau apa-apa laman yang memerlukan aktiviti 'login' sekaligus.


***Nota Kaki

NOMBOR 8
Lakukan speedtest secara berkala, emailkan keputusan speedtest kepada KPM/1Bestarinet untuk tindakan. Ini adalah sebagai bukti yang kita telah pun menjalankan tugas membuat laporan tentang masalah talian internet di sekolah kita. Sekiranya, pihak JPN, PPD datang membuat pemantauan, bukti 'black and white' mungkin dapat membantu. :)

5 comments: