Mini Whiteboard DIY Untuk Belajar Menulis Cantik - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday 15 December 2016

Mini Whiteboard DIY Untuk Belajar Menulis Cantik



Guru-guru yang mengajar subjek bahasa terutama sekali yang mengajar di tahap 1 mungkin memerlukan lembaran kerja seperti ini. Saya sediakan juga template kosong untuk digunakan semasa aktiviti menyalin dijalankan. 


Bagaimana untuk jadikan lembaran kerja ini sebagai 'mini whiteboard'?

Cara Pertama

Print kedua-dua lembaran kerja ini. Kemudian, laminate (kedua-dua lembaran yang disusun menghadap depan belakang, jadikan sekeping sahaja) dan sediakan sejumlah whiteboard marker pen bermata halus (fine) untuk melatih murid-murid menulis cantik. 
Cara Kedua

Print lembaran mini whiteboard. Kemudian, masukkan dalam plastik fail & sedia untuk digunakan! Serius, yang ni paling senang & jimat kos! Rujuk video ye... 



Cara Ketiga

Print lembaran mini whiteboard atau boleh guna kertas A4 kosong je, kemudian gunakan pembalut buku jenis sticker... Rujuk video kat bawah...



Download:






Cara ini bukan sahaja menyeronokkan malah cikgu juga boleh berjimat dimana 'mini whiteboard' ini boleh disimpan dan digunakan berulang kali. Jangan lupa sediakan tisu atau span kecil untuk murid-murid membersihkan 'mini whiteboard' mereka setelah digunakan. Kalau ada kesan 'degil', boleh try gunakan hand sanitizer untuk membersihkan saki baki ink pen marker... :)


Kalau tak nak gunakan template bergaris biru merah ni, boleh je gunakan kertas A4 kosong, atau pun cari yang kotak-kotak, boleh la guna untuk subjek matematik! Hehe... Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini... Semoga bermanfaat! Babai.


Nota kaki: Sad but true. No matter how good you are, someone is always going to be against you. But never let them be the limit of your success! 

No comments:

Post a Comment