Sunday, 19 March 2017

Cara Untuk Tukar Katalaluan dan semak baki data YES ID guru


Well... hari ni saya nak share cara untuk tukar password frog vle merangkap password yes ID anda yang anda guna untuk aktifkan telefon yes Altitude tu... Selain itu ID dan password anda juga diguna untuk dongle... Kenapa perlu tukar password? Ini kerana sekarang ni ada banyak kes orang yang tidak bertanggung jawab 'merompak' yes ID dan password cikgu-cikgu dan membuat jualan secara terbuka tanpa segan silu di Facebook, mudah.com dll channel perniagaan. Ini semua gara-gara data 2GB yang cikgu semua terima... Ramai sangat yang rakus nak cari keuntungan dengan cara mudah. Jadi, untuk mengelakkan ID dan password cikgu disalah guna, saya cadangkan cikgu tukarlah password sekerap mungkin. Yes, memang dah ramai yang tahu cara nak tukar password ni, tapi realitinya, masih ramai juga yang belum tahu dan ada juga yang terlupa kaedahnya. :D Oh ya, sekiranya anda terlupa katalaluan anda, anda boleh berhubung dengan frog admin di sekolah anda. Frog Admin boleh membantu untuk selesaikan masalah. Don't worry... :)
**Klik pada gambar untuk paparan lebih besar. 





Bagi yang menggunakan yes Altitude, anda boleh menyemak baki data menggunakan aplikasi MyYes4G. Selain itu, anda juga boleh merujuk kepada jadual billing cycle untuk mengetahui tentang tarikh data 2GB dikreditkan ke dalam akaun anda. Bagi yang tak dapat telefon, anda masih boleh membuat semakan penggunaan data dengan melayari laman www.yes.my 

Aplikasi Myyes4G di telefon Yes Altitude
Data Yes 4G LTE adalah diambil dari penggunaan telefon Yes Altitude manakala Data Yes 4G Broadband pula adalah diambil dari penggunaan dongle/huddle... So kalau diikutkan, total data ialah 4GB kesemuanya...
Sumber : laman 1bestarinet

Sekian sahaja tutorial untuk hari ini... Take care, everyone. Selamat bercuti! :)

Nota kaki : Don't just thank Allah when everything's going right, thank Him even when things are challenging! - Dr. Bilal Philips

Thursday, 16 March 2017

PANDUAN SETTING YES ID PADA HUDDLE YES 4G



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya terpanggil untuk menulis panduan untuk setting 'Yes ID' pada huddle Yes. Guru-guru yang tak dapat dongle, sila jangan kecewa, anda masih boleh menggunakan data 2GB yang dibekalkan kepada anda dengan menggunakan huddle anda sendiri. Seronoknya menggunakan huddle adalah kerana anda boleh connect pada internet tanpa wayar. Wifi! Sekiranya anda mempunyai huddle dirumah, manfaatkan lah.. gunakan ia.. KPM dah bagi data 2GB, apa lagi, gunakanlah sehabis baik... jangan membazir! Hehe.

Paling best, sekiranya anda masih terikat dengan kontrak YES, jangan bimbang, anda gunakan kedua-dua akaun berbayar dan akaun 2GB percuma ni sebaiknya... Caranya ialah dengan mengubah pada setting huddle. Bila data 2GB habis, anda set kan semula menggunakan ID yang anda langgan. Eh, faham ke apa saya cakap ni? Ngeeee... Maksudnya 1 huddle boleh guna banyak ID... ada faham? So, sebenarnya anda juga boleh berkongsi gunakan huddle ni di sekolah. Kongsi 2-3 orang guru, gunakan 1 huddle. habis data 2GB seorang guru, gunakan pula data 2GB seorang guru lagi... Sampailah habis kesemuanya! Tamakkan! Haha... Bukan tamak tapi tak mahu membazir... Jangan kata hakak tak ajar! :D

Berikut adalah langkah yang anda perlu buat untuk setting dongle sedia ada menggunakan yes ID yang dibekalkan kepada anda semua. Rujuk gambar ya...

**password default huddle - 'admin', jika terlupa, call yes helpline untuk bantu resetkan semula huddle. :)

Klik pada gambar untuk paparan lebih besar.
Senang je kan? Hehe... Semoga bermanfaat! Bye..

Nota kaki : Don't care about how many people may get mad at you for doing the right thing, because they won't be standing with you on the Judgment Day! - Dr. Bilal Philips